Selepas melalui episod-episod getir dalam hidup apabila kantoi curang dan akhirnya bercerai dengan Bella Astillah, Aliff Aziz hari ini telah memuat naik tweet meluahkan rasa hatinya ingin kembali semula bersama bekas isteri.
Aliff Aziz Muat Naik Tweet Nak Kahwin Semula, Ini reaksi netizen |
Menerusi posting di Twitter, Aliff Aziz menulis doanya kepada Allah semoga disatukan semula jodohnya bersama Bella dan seandainya Bella bukan jodohnya, dia mohon wanita itu dijadikan jodohnya kembali. Aik gila talak ke pulak Aliff ni?
ARTIKEL MENARIK: Punca Kekayaan Rozita Che’Wan yang MeIampau Berjaya didedahkan. Bukan biasa2
“Belajar daripada kesalahan awak. Tetapkan fikiran untuk jangan ulangi kesalahan yang sama lagi. Mohon maaf kepada Allah”
Posting ini telah mendapat respon positif daripada netizen yang rata-rata bersyukur kalau betul Aliff Aziz kali ni nak bertaubat. Banyak yang bagi kata semangat, tak kurang juga yang macam menyindir buat-buat tak faham dengan tweet tersebut.
Sumber: Twitter
Boleh rujuk semula dalam tempoh 4 bulan
Apa-apapun, Bella yang sedang menjalani tempoh edah 3 kali suci iaitu bersamaan dengan 4 bulan selepas bercerai dengan Aliff pada 16 Mei lepas masih ada tempoh untuk kembali merujuk semula sama ada dalam secara lafaz lisan atau perbuatan iaitu dengan melakukan hubungan suami-isteri.
loading...
Sebelum ini, Aliff juga ada berkongsi tentang rasa rindunya terhadap anak mereka iaitu Ayden Adrean yang berusia 2 tahun, manakala Bella pula kelihatan ceria menjalani kehidupan baru sebagai seorang ibu tunggal.
Meskipun perit, kita doakan yang baik-baiklah untuk mereka berdua.
p/s: Jika dah jodoh mereka, apa pun yang terjadi, mereka akan tetap akan bersama semula. Tapi kalu still perangai lama, emm
Apa kata anda? Kongsikan bersama kami
sumber: lobakmerah VIA tubeviral.bbn.my
Post a Comment