“Alhamdulillah, dah selamat sampai” –Pertemuan pertama dengan adik Ainul, ini kata2 Dr. Amalina

“Alhamdulillah, dah selamat sampai” –Pertemuan pertama dengan adik Ainul, ini kata2 Dr. Amalina

“Alhamdulillah, dah selamat sampai” –Pertemuan pertama dengan adik Ainul, ini kata2 Dr. Amalina

“Alhamdulillah, dah selamat sampai” –Pertemuan pertama dengan adik Ainul, ini kata2 Dr. Amalina
“Alhamdulillah, dah selamat sampai” –Pertemuan pertama dengan adik Ainul, ini kata2 Dr. Amalina

Alhamdulillah, dah selamat sampai..” – Disambut mesra Dr. Amalina, adik Ainul Mardhiah selamat tiba di UK. Semalam adik Ainul Mardhiah yang menghidap Germ ceII tum0r telah berlepas ke United Kingdom bagi menjalani rawatan di sana, setelah Dr. Amalina Che Bakri telah menyusun atur rawatan bayi itu dengan doktor pakar.

ARTIKEL MENARIK: Syarikat Dnars di kunjungi PERKES. Rupanya ini yg di lakukan oleh Allahy4rham Faziani berkenaan kebajikan pekerja


Keberangkatan Ainul Mardhiah bersama ibu bapanya telah mendapat perhatian netizen yang turut mendoakan semoga kesihatan bayi itu kembali normal.
Alhamdulillah, dah selamat sampai..
Menerusi laman Facebook ayah Ainul Mardhiah, Ahmad Safiuddin, dia telah berkongsikan maklumat terkini bahawa dia sekeluarga telah selamat tiba di United Kingdom.
Dalam muat naiknya, dia turut memanjatkan kesyukuran kerana anak sulungnya itu berjaya melepasi penerbangan yang lama dan dipermudahkan segalanya.
Penerbangan mereka yang turut ditemani dua orang doktor yang ditugaskan memantau kesihatan Ainul Mardhiah telah berjalan dengan baik.
Ahmad Saifiuddin juga memaklumkan, anaknya telah selamat ditempatkan di salah sebuah hospital di United Kingdom, dan ahli perubatan sedang memantau keadaan Ainul memandangkan dia mengalami gangguan 0ksigen berikutan penerbangan yang lama.
Dr. Amalina dah jumpa parents Ainul!
Berita ketibaan adik Ainul Mardhiah dan ibu bapanya, turut disambut oleh Dr. Amalina Che Bakri, yang telah memuat naik foto dan kapsyen memaklumkan bahawa pihak perubatan telah berjumpa ibu bapa Ainul bagi berbincang tentang proses rawatan selanjutnya.
Terima kasih Malaysia
Dr. Amalina juga turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang tidak putuus mendoakan kesejahteraan kesihatan adik Ainul Mardhiah.
Menerusi ruangan di media sosial, ramai yang telah menzahirkan rasa syukur atas ketibaan adik Ainul ke sana, dan mendoakan semoga segala urusan dipermudahkan.
Adik Ainul ‘Fly’ ke UK! Namun, ramai tertanya2 siapa lelaki yang turut bersama
Adik Ainul Mardhiah yang yang mengidap ‘Germ CelI Tum0r’ akan berlepas ke London malam ini bagi menjalani pembed@han di sana. Persiapan rapi telah dilakukan pada petang tadi untuk penerbangan sebentar lagi.
Namun di sebalik semua persediaan untuk membawa adik Ainul ke U.K, kelihatan sosok seorang lelaki yang kelihatan begitu mengambil berat tentang kesihatan semasa adik Ainul. Insan ini setia berada di sisi Ainul untuk memantau perkembangan semasa.
Agaknya ramai yang tidak tahu kelibat seorang lelaki yang kelihatan begitu sibuk memastikan keadaan adik Ainul sentiasa dalam keadaan stabil  sebelum ‘Fly’ ke UK malam ni.
Sudah bersara & masih setia berbakti
Kalau anda mahu tahu, beliau ialah seorang Doktor Pakar Anestetik Avisena, Kolonel  (Bersara) Dato’ Dr Jaseemuddeen Abu Bakar yang secara sukarela tampil membantu dalam mempersiapkan Adik Ainul dan juga akan berlepas mengiringi ke London malam kelmarin.

loading...

Siapa sangka, nampak seperti insan biasa lerana sudah berusia.
Masya Allah, sungguh mulia hatimu wahai doktor…
Sumber : Ahmad Safiuddin, Dr. Amalina Che Bakri via tubeviral.bbn.my

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post