Al-Fatihah.. Sultan Ahmad Shah mangkat

Al-Fatihah.. Sultan Ahmad Shah mangkat

AYAHANDA Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ahmad Shah Al Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar kembali ke rahmatullah pada pagi Rabu.

Al-Fatihah.. Sultan Ahmad Shah mangkat
Al-Fatihah.. Sultan Ahmad Shah mangkat

Almarhum mangkat pada usia 88 tahun, kira-kira pukul 8.50 pagi Rabu, bersamaan 17 Ramadan di hari Nuzul al-Quran.

ARTIKEL MENARIK: UGUT OCPD: ‘Saya Hanya Mahu Dia Hormat Kerajaan Baru’ – Pemimpin DAP


Ia disahkan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dalam satu kenyataan di halaman rasmi Facebooknya, pagi Rabu.

Wan Rosdy berkata, Sultan Ahmad Shah mangkat di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur.

"Dengan penuh rasa kesedihan dan kesayuan, saya dengan ini mengumumkan kemangkatan Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri‘ayatuddin Al Muadzam Shah pada pagi Rabu, 22 Mei bersamaan 17 Ramadan 1440 Hijrah.

"Almarhum mangkat pada jam 8.50 pagi di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur," menurut kenyataan itu.

"Sehubungan itu, saya mohon rakyat-jelata sekalian agar sama-samalah mendoakan moga-moga roh Almarhum Paduka Ayahanda dirahmati Allah Subhanahu Wata’ala, serta ditempatkan bersama-sama para Syuhada’," tambah Wan Rosdy.

loading...

2.jpg

Sultan Ahmad Shah Al Musta'in Billah yang juga Sultan Pahang kelima, menyerahkan takhta kepada anakanda baginda, Tengku Abdullah, selepas memerintah negeri ini hampir 45 tahun.

Pemasyhuran Tengku Abdullah sebagai Sultan Pahang pada 15 Januari lalu.

Cadangan melantik Tengku Abdullah dibuat ekoran keadaan Sultan Ahmad Shah yang kini berada dalam keadaan gering dan dikemukakan pada mesyuarat Jumaah Pangkuan Diraja Pahang yang berlangsung di Kuala Lumpur semalam setelah perbincangan diadakan di kalangan kaum keluarga dan dipersetujui sebulat suara.

Sultan Ahmad Shah, dilantik menjadi Sultan Pahang kelima pada 7 Mei 1974 berikutan kemangkatan ayahanda baginda Almarhum Sultan Abu Bakar dan istiadat pertabalan berlangsung di Balairong Seri, Istana Abu Bakar, Pekan pada 8 Mei 1975.

Diputerakan di Istana Mangga Tunggal di Pekan pada 24 Oktober 1930, Sultan Ahmad Shah merupakan anakanda ketiga dan putera tunggal kepada Almarhum Sultan Abu Bakar dengan Almarhum Raja Ampuan Fatimah Sultan Iskandar Shah.

Baginda dilantik menjadi Tengku Mahkota Pahang pada 1944, ketika berusia 14 tahun.

Sumber : mStar Online via BLOGMAZEER.COM

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post