Wanita mati disengat lipan ketika cuba menyelamatkan kucingnya

Wanita mati disengat lipan ketika cuba menyelamatkan kucingnya

Seorang wanita berusia 54 tahun meninggal dunia akibat disengat serangga berbisa ketika cuba melindungi haiwan kesayangannya, lapor Kapook.

Wanita mati disengat lipan ketika cuba menyelamatkan kucingnya
Wanita mati disengat lipan ketika cuba menyelamatkan kucingnya

Dalam kejadian yang berlaku pada tengah malam Sabtu lalu di Nakhon Pathom, Thailand, mangsa, Chutikan, bimbang kucingnya disengat lipan lalu bertindak memijak serangga itu.

ARTIKEL MENARIK: Lelaki dibelasah kerana dedah spoiler filem Avenger: Endgame


Malangnya, lipan itu bertindak balas lalu menggigit kaki kanannya. Chutikan kemudian mengambil kayu dan memukul serangga itu sehingga mati.

Tidak beberapa lama kemudian, mangsa mengadu sakit di bahagian kakinya dan meminta anak saudara membawanya ke hospital.

2.jpg

Doktor kemudian memberi dua suntikan dan ubat untuk dimakan di rumah.

Apabila pulang ke rumah, mangsa mengadu kakinya semakin sakit dan luka di kakinya bengkak dan lebam. Sehingga pagi keesokan harinya ketika anak saudara memanggil mangsa keluar makan, tiada respon yang diterima.

Sebaik saja membuka pintu bilik, dia mendapati mangsa sudah meninggal dunia.

loading...

Tidak diketahui punca sebenar tetapi keluarga mangsa percaya Chutikan meninggal dunia disebabkan sengatan lipan itu.

3.jpg

Mayat mangsa dihantar ke pihak forensik di Hospital Siriraj untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematiannya.

Kredit :

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post