'Tidak pernah dalam sejarah Malaysia wanita ditahan & didakwa kerana merogol lelaki' - Peguam tegur dakwaan rogol terhadap Juita mengelirukan penonton

'Tidak pernah dalam sejarah Malaysia wanita ditahan & didakwa kerana merogol lelaki' - Peguam tegur dakwaan rogol terhadap Juita mengelirukan penonton

Drama Nur 2 arahan Shahrulezad Mohameddin sudah berakhir pada malam tadi. Pelbagai reaksi dan komen netizen mengenai drama yang mendapat sambutan hangat ini. Pengakhiran cerita ini juga tidak dijangka oleh para penonton.

'Tidak pernah dalam sejarah Malaysia wanita ditahan & didakwa kerana merogol lelaki' - Peguam tegur dakwaan rogol terhadap Juita mengelirukan penonton
'Tidak pernah dalam sejarah Malaysia wanita ditahan & didakwa kerana merogol lelaki' - Peguam tegur dakwaan rogol terhadap Juita mengelirukan penonton

Sebelum ini, salah satu babak bacaan ayat-ayat Al-Quran ditegur oleh seorang pengguna Twitter, Afifi Hassan. Afifi menyatakan terdapat beberapa kesalahan jelas dalam petikan bacaan dari Surah Ali-Imran ayat 96 hingga 99. Walaubagaimanapun, Shahrulezad dengan merendah diri memohon maaf dan sudah memperbetulkan kesilapan itu.

ARTIKEL MENARIK: 'Allah tidak pernah anugerahkan ketenangan dari kemaksiatan' - Ustaz Ahmad Dusuki tegur Nur Fathia Latiff


Episod terakhir drama ini juga telah mengundang persoalan apabila Juita lakonan Azar Azmi ditangkap atas dakwaan merogol. Rentetan dari persoalan ini, seorang peguam mengulas lanjut mengenai babak ini.

EPISOD terakhir Nur 2, akhirnya Juita ditangkap kerana dakwaan merogol Ustaz Adam. Betul atau tidak olahan babak ini jika dibandingkan dengan undang-undang realiti. Drama ini adalah fiksyen, pun begitu fakta undang-undang sama ada fiksyen atau realiti, perlu tepat.

Yang fiksyen adalah watak dan jalan cerita, undang-undang tidak boleh fiksyen kerana rosak fahaman awam nanti.

TIDAK PERNAH DALAM SEJARAH MALAYSIA seorang wanita ditahan, disiasat atau didakwa kerana merogol seorang lelaki. Sepanjang 10 tahun saya beramal sebagai peguam juga tidak pernah saya mendengar kes ini. Babak Juita ditahan kerana merogol seorang lelaki adalah salah sama sekali.

Kenapa? Dalam Kanun Keseksaan memberi pendefinisian rogol di bawah Seksyen 375 iaitu seorang LELAKI dikatakan merogol apabila melakukan hubungan seks dengan wanita tanpa kerelaaannya atau tanpa kebenarannya dan selebihnya boleh semak sebahagian akta dalam gambar dibawah, saya kongsi.

Secara asasnya elemen yang perlu dipenuhi sebelum siasatan kes dimulakan adalah pelaku Lelaki dan mangsa wanita. Itu sebabnya akta bezakan 'his' sebagai pelaku dan 'her' sebagai mangsa. Perbezaan jantina.

1.jpg

Dalam kes ini Juita tidak memenuhi elemen pertama iaitu pelaku seorang lelaki. Polis tidak akan mengambil tindakan kerana perbuatan Juita tidak jatuh kategori rogol berdasarkan Kanun Keseksaan.

Elemen seteruskan paksa dan tanpa kebenaran sama ada dibuat secara ugutan atau penipuan atau salah anggap.


loading...

Sewaktu menonton babak 'saya hendak buat laporan rogol' oleh Ustaz Adam, saya faham Ustaz Adam adalah orang awam jadi dia secara naif merujuk situasinya kepada pejabat polis tetapi dalam drama tersebut sepatutnya polis yang perlu menegur Ustaz Adam tentang undang-undang. Adam tak tahu undang-undang.

3.jpg

Mungkin polis boleh cadangkan laporan dan siasatan dibuka bagi perbuatan Juita yang memasukkan dadah dalam kopi Adam dan bukan tuduhan rogol terhadap Juita. Tetapi apabila polis ke rumah Juita, mereka menahan Juita dan mengatakan "Cik Juita anda ditahan atas tuduhan merogol". Hahahah.. Babak yang mengelirukan dan memberikan fahaman salah.

Jadi ingat ya. Rogol pelaku mesti lelaki dan mesti mangsa perempuan. Kalau lelaki dengan lelaki itu bukan rogol di bawah Seksyen 375 dan boleh dihukum bawah Seksyen 376 itu adalah perbuatan Sodomi bawah Seksyen 377A Kanun Keseksaan dan boleh dihukum bawah Seksyen 377C. Jatuh bawah kategori jenayah luar tabii.

Kalau perempuan dengan perempuan juga bukan kira rogol kerana tidak mengikut definisi rogol yang diperuntukkan.

Begitulah undang-undang jenayah. Setiap kesalahan perlu melihat sama ada ianya memenuhi setiap elemen jenayah. Kalau tidak cukup, polis boleh menyiasat tetapi pendakwaraya tidak akan beri izin untuk buka kes di mahkamah, jadi memang kebiasaannya polis tidak akan siasat bila tahu elemen tidak mencukupi.

Kalau cukup elemen dan kes pula tidak kukuh dan ada 'loop hole' atau kekurangan bukti, contohnya kes rogol walaupun DNA si lelaki tetapi tidak ada bukti paksaan, semua bukti-bukti perbualan whatsapp selepas hubungan seks menunjukkan si perempuan setuju dan siasatan ke atas tubuh badan perempuan juga tidak ada elemen paksaan. Kebiasaannya juga tidak bawa ke mahkamah kerana kemungkinan pelaku dibebaskan adalah tinggi.

Jom belajar undang-undang supaya kita jadi warga bijak. Dikongsikan oleh Nor Zabetha. Sebarkan ilmu walau sebaris ayat.

Sumber: Nor Zabetha via The Reporter

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post