Dr. Sahruddin Jamal mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor di hadapan DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar hari ini (14 April).
Sahruddin Jamal angkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor |
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong itu menerima watikah pelantikan dan melafazkan sumpah menyandang jawatan dalam upacara yang berlangsung di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene.
ARTIKEL MENARIK: ‘Ini Sudah Melampau!’ – Netizen Selar Tindakan Penyokong PH Geledah Kereta MPV Polis
Berangkat sama, DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.
Dr. Sahruddin, 43, menggantikan Dato’ Osman Sapian yang telah meletakan jawatan. Beliau sebelum ini menyandang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor.
loading...
Sumber: Instagram Sultan Ibrahim via The Reporter
Post a Comment