“Ramai Yang Tak Tahu Kenapa Orang Boleh Ketagih Air Ketum…” – Ikuti Perkongsian PDRM Ini Untuk Jawapannya

“Ramai Yang Tak Tahu Kenapa Orang Boleh Ketagih Air Ketum…” – Ikuti Perkongsian PDRM Ini Untuk Jawapannya

Ketum adalah satu tumbuhan dimana daunnya yang mempunyai kesan khayal dan seringkali disalah guna oleh segelintir individu untuk berseronok.

“Ramai Yang Tak Tahu Kenapa Orang Boleh Ketagih Air Ketum…” – Ikuti Perkongsian PDRM Ini Untuk Jawapannya
“Ramai Yang Tak Tahu Kenapa Orang Boleh Ketagih Air Ketum…” – Ikuti Perkongsian PDRM Ini Untuk Jawapannya

Walaupun seringkali diingatkan bahaya minum air ketum dan ketagihannya, namun tidak dapat dinafikan masalah tersebut terus berlaku.

ARTIKEL MENARIK: Kisah Kekejaman China Menuai Organ Umat Islam Secara Hidup-Hidup Yang Tidak Diketahui Dunia


Jadi, apakah yang dimaksudkan dengan ketum dan kenapa ia menyebabkan ketagihan? Adakah ketum juga dadah dan tertakluk kepada akta-akta tertentu?

Jom ikuti perkongsian yang dibuat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) di bawah.

Apa Itu Ketum?

Pokok ketum atau nama saintifiknya Mitragyna Speciosa adalah sejenis tumbuhan yang banyak tumbuh di negeri-negeri sebelah utara dan pantai timur Semenanjung Malaysia.

Ia hidup subur di kawasan bertanah lembap dan kebanyakannya ditemui tumbuh secara liar di kawasan-kawasan hutan dan persekitaran kawasan pendalaman.

Bahagian pokok yang sering digunakan untuk memproses air ketum adalah daunnya.

Terdapat 2 jenis daun pokok ketum (tetulang dedaun) yang sering digunakan untuk tujuan diproses menjadi air minuman:

a. Tetulang daun berwarna merah

b. Tetulang daun berwarna putih (dikatakan mempunyai kesan halusinogenik yang lebih kuat)

Penyalahgunaan Daum Ketum

Air daun ketum sering disalahgunakan oleh sesetengah individu atau penagih dadah kerana ianya mengandungi bahan-bahan Psikoaktif Mitragynine yang memberi kesan stimulan, sedatif dan euphoria hingga boleh menyebabkan ketagihan.

Air rebusan daun ketum tersebut akan dibungkus dalam paket kecil untuk dijual kepada mana-mana individu, penagih dadah dan ada kalanya ia dijual kepada pelajar sekolah.

loading...

Bahan Kimia Dalam Ketum

a. Daun ketum mengandungi bahan aktif mitragynine iaitu sejenis alkaloid psikoaktif.
b. Bahan ini dikawal dibawah Akta Racun 1952 di bawah peraturan kawalan psikotropik.
c. Terdapat juga 24 bahan lain yang terkandung di dalam ketum antaranya:
i. Ajmalin
ii. Corynanthedine
iii. Mitaphylline
iv. Paynanthesine
v. Speciophylin
vi Speciogynine.

Kesan Ketum

a) Kesan pengambilan Mitragynine yang berlebihan:
i. Rasa khayal (euforia)
ii. Rasa pening
iii. Mengantuk
iv. Muntah/loya
b) Kesan buruk pengambilan ketum secara berterusan:
i. Mengakibatkan ketagihan
ii. Bibir dan kulit jadi kehitaman seperti kesan lebam dan terbakar terutama di pipi
iii. Mulut menjadi kering
iv. Sembelit
v. Insomnia
vi. Hilang berat badan

Undang-Undang Yang Mengawal Ketum

a. Mitragynine iaitu bahan aktif dalam air daun ketum adalah bahan psikotropik yang dikawal di Malaysia.

b. Mitragynine disenaraikan dalam Jadual Ketiga Racun (Bahan-Bahan Psikotropik), Akta Racun 1952.

c. Menurut Seksyen 30 Akta Racun 1952, adalah satu kesalahan bagi aktiviti pengimportan, pengeksportan, pengilangan, penjualan dan pemilikan bahan-bahan psikotropik yang tersebut.

Hukuman Kesalahan Menggunakan Ketum

Jika disabitkan kesalahan, denda boleh dikenakan di bawah Seksyen 30(5) Akta Racun 1952, iaitu denda tidak melebihi RM 10,000 atau 4 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Rujukan: Akta Racun 1952 dan Peraturan-peraturan Racun (Bahan Psikotropik) 1989



SUMBER : PDRM VIA Lubok Cerita Express

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post