“Aku Ingin Mataku Dapat Melihat Kembali..” – Remaja Sambut Hari Lahir Buta Dibaling Tepung Dan Telur
“Aku Ingin Mataku Dapat Melihat Kembali..” – Remaja Sambut Hari Lahir Buta Dibaling Tepung Dan Telur |
“Aku ingin mataku dapat melihat kembali..”
Itulah kata-kata seorang remaja 18 tahun yang dikenali sebagai M.Yusuf yang buta akibat terkena jangkitan akibat lemparan telur busuk oleh rakannya sendiri ketika meraikan hari jadinya.
ARTIKEL MENARIK: Kerajaan Tiada Hak Larang Merokok Dalam Kenderaan Persendirian
Kisah itu diceritakan oleh kakak mangsa sendiri menerusi laman media sosial facebook seperti mana yang dilaporkan oleh Tribun Medan semalam.
Menerusi sumber tersebut, kejadian berkenaan berlaku pada bulan lalu, ketika mangsa meraikan hari jadinya, salah seorang rakannya membaling telur busuk dan matanya terkena percikan dari telur tersebut.
Hanya selepas beberapa hari, Yusuf mengalami sakit mata dan dibawa berjumpa pakar mata oleh kakaknya. Setelah diperiksa, terdapat selaput putih yang menyelaputi matanya.
Tiada yang lebih sedih bagi remaja berkenaan apabila doktor mengesahkan bahawa mata kirinya telah buta.
Gambar Hiasan
Sebagai seorang kakak yang bertanggungjawab ke atas adiknya selepas ketiadaan kedua orang tuanya, kakaknya begitu terpukul dengan nasib yang menimpa adik kesayangannya itu.
loading...
Kedua adik beradik berkenaan diasuh oleh nenek mereka sejak kecil, kini satu mata adiknya sudah tidak dapat melihat lagi.
Pada status berkenan, kakak Yusuf turut memuat naik sekeping gambar yusuf yang tertunduk ke bawah dan langsung tiada keceriaan di wajahnya.
“Kakak, aku ingin mataku dapat melihat kembali..”
Hanya itu kata-kata Yusuf kepada kakaknya, sedih bercampur pilu begitu jelas terlihat ketika Yusuf mengungkapkan kata kata itu.
“Sebagai seorang kakak, saya hanya mampu berdoa serta memberikan semangat, semoga selepas ini tidak ada lagi kejadian-kejadian bodoh yang terjadi kepada seseorang seperti adik saya.”
“Hanya kerana suka suka, tanpa sedar kita telah merosakkan masa depan orang lain, tulisnya.”
Post a Comment