120 mangsa bencana Sungai Kim Kim mahu saman Kerajaan Negeri Johor

120 mangsa bencana Sungai Kim Kim mahu saman Kerajaan Negeri Johor

JOHOR BAHRU: Seramai 120 mangsa pembuangan bahan sisa kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang membuat laporan polis bagi menuntut ganti rugi pencemaran yang berlaku 7 Mac lalu.

120 mangsa bencana Sungai Kim Kim mahu saman Kerajaan Negeri Johor
120 mangsa bencana Sungai Kim Kim mahu saman Kerajaan Negeri Johor

Laporan dibuat di balai polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seri Alam kira-kira pukul 4 petang hari ini (Sabtu).

ARTIKEL MENARIK: Lelaki Dikenali Solo Ambush Masuk Ke Hutan Seorang Diri Untuk Mencari Acap. Dia Ceritakan Apa Yang Terjadi Dan Ada Suara Yang Memanggil Ketika Pencarian.


Kesemua mereka diwakili peguam Kamarudin Ahmad.

Kamarudin berkata, kesemua tuntutan saman ganti rugi akan dilakukan Jun depan setelah semua maklumat termasuk laporan kesihatan yang lengkap diperoleh.

“Kita akan saman tuntutan ganti rugi (daripada pihak) yang kita sudah kenal pasti bertanggungjawab, ada unsur kecuaian. Kita bermula dengan Kerajaan Negeri Johor selepas itu Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Parit dan Saliran dan Majlis Perbandaran Pasir Gudang, dan kita sedang kenal pasti kilang-kilang yang terlibat,” ujar Kamarudin.

Beliau berkata, asas tuntutan ganti rugi ekoran kecuaian pihak berkuasa dan kilang terlibat kerana menjadi punca pencemaran hingga menjejaskan kesihatan dan nyawa mangsa terlibat.

Tuntutan juga dibuat kerana salah seorang anak guamnya mengalami masalah urat saraf hingga tidak boleh berjalan.

Difahamkan, tuntutan pada petang Sabtu juga disebabkan rasa bimbang anak guam mereka pada jangka masa panjang.

Pada 7 Mac lalu, Pasir Gudang gempar apabila lebih 5,000 mangsa terdedah kepada persekitaran yang menjejaskan kesihatan gara-gara pembuangan sisa kimia berbahaya di Sungai Kim Kim.

Pencemaran Sungai Kim Kim tidak jejaskan keyakinan pelancong ke Johor

Pencemaran Sungai Kim Kim tidak jejaskan keyakinan pelancong ke Johor
JOHOR BAHRU: Pencemaran sisa toksik di Sungai Kim Kim pada bulan lepas di Pasir Gudang, dekat sini, tidak menjejaskan keyakinan pelancong untuk ke Johor.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan negeri Liow Cai Tung berkata setakat ini, pihaknya tidak mendapat sebarang aduan mengenai kebimbangan pelancong untuk datang ke Johor disebabkan pencemaran di sungai berkenaan.

loading...

Beliau berkata demikian ketika mengulas sama ada pencemaran alam sekitar itu ada mendatangkan kebimbangan pelancong sekali gus menjejaskan bilangan mereka untuk melawat negeri itu terutamanya menjelang Tahun Melawat Johor 2020.

“Kita menyasarkan seramai 16.6 juta pengunjung akan datang ke Johor sepanjang tahun ini, yang mana lapan juta daripadanya menetap di Johor sekurang-kurangnya satu malam,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA Fair) Johor 2019 di Tampoi, di sini pada Jumaat.

Pada tahun lepas, seramai 15.84 juta pengunjung melawat Johor berbanding 14.44 juta pelancong pada tahun 2017.

Memandangkan tahun hadapan juga merupakan penganjuran Sukan Malaysia di negeri ini, pihaknya juga yakin bilangan pengunjung ke Johor akan meningkat lagi, kata Liow.

Pembersihan sisa toksik sepanjang 1.5 km yang dikenal pasti di Sungai Kim Kim telah berjaya diselesaikan pada 17 Mac lepas.





Sumber: Astro Awani via Express Viral

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post