Wajah Pengganas Insiden Tembakan Rambang Di Masjid Di New Zealand Didedahkan..

Wajah Pengganas Insiden Tembakan Rambang Di Masjid Di New Zealand Didedahkan..

CHRISTCHURCH: Seorang lelaki yang dipercayai penyerang di dua buah masjid di bandar ini memberitahu dia melakukan serangan itu bagi mengurangkan jumlah pendatang asing dan sebagai membalas dendam terhadap rempuhan trak Stockholm, Sweden pada 2017.

Wajah Pengganas Insiden Tembakan Rambang Di Masjid Di New Zealand Didedahkan..
Wajah Pengganas Insiden Tembakan Rambang Di Masjid Di New Zealand Didedahkan..

Lelaki warga Australia berusia 28 tahun yang menggunakan nama Brenton Tarrant di Twitter turut menyiarkan serangan itu secara langsung di media sosial.

Sebelum masuk ke masjid dan melepaskan tembakan terhadap jemaah yang sedang bersolat jumaat, penyerang itu turut memandang kamera sekali gus mendedahkan wajahnya.

ARTIKEL MENARIK: Insiden Tembakan Rambang Ketika Solat Jumaat Di Masjid Chrischurch, Seorang Rakyat Malaysia Turut Jadi Mangsa


Lelaki itu turut memuat naik 73 muka surat yang mengandungi alasan mengapa dia melakukan keganasan itu.

Memperkenalkan diri sebagai lelaki kulit putih biasa yang lahir dalam keluarga kelas pekerja dan berpendapatan rendah, suspek memberitahu dia memutuskan untuk mempertahankan masa depan orangnya.

Katanya, dia juga mahu membalas dendam atas kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun, Ebba Akerlund yang terbunuh dalam serangan rempuhan trak di Stockholm pada 2017.

loading...

Tarrant mendedahkan, dia sudah merancang serangan itu sejak dua tahun lalu dan tiga bulan lalu dia memutuskan untuk menyasarkan masjid di Christchurch.

Polis mengesahkan seorang lelaki ditangkap tidak lama selepas serangan itu tetapi tidak dipastikan sama ada suspek adalah lelaki dalam video berkenaan.

Sumber: Harian Metro

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post