[VIDEO] Polis sahkan terima laporan video simbah as1d Mujahid

[VIDEO] Polis sahkan terima laporan video simbah as1d Mujahid

KUALA LUMPUR – Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) hari ini membuat laporan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya berhubung satu video berunsur ugvtan, ingin menyimbah as1d terhadap menteri berkenaan Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.

[VIDEO] Polis sahkan terima laporan video simbah as1d Mujahid
[VIDEO] Polis sahkan terima laporan video simbah as1d Mujahid

Laporan polis itu dibuat oleh Mohd Fikri Abdul Rahman, wakil daripada pejabat menteri bersama seorang lagi pegawai di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya.

Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Rosly Hasan ketika dihubungi Bernama mengesahkan pihaknya menerima laporan itu.

ARTIKEL MENARIK: Jawapan Khalidah Nazir Ahmad, Salah Seorang Penduduk PPR Yang Dihalau Selepas Gambar Dia Naik Penerbangan Kelas Bisnes Tular


“Saya sahkan ada terima laporan dan siasatan dibuka di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan, iaitu ugvtan jenayah,” katanya.

Video berdurasi dua minit 39 saat itu dimuat naik di media sosial oleh pengguna akaun Facebook, Otai Daulat 812, Rabu lepas.

Mohd Fikri dalam kenyataan hari ini berkata video itu memaparkan satu sesi perbincangan antara empat individu yang antara lainnya menjadikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa sebagai topik perbincangan yang diakhiri dengan seruan supaya Mujahid disimbah as1d.

“Seruan ini adalah sangat merbahaya kerana ia menganjurkan suatu perbuatan jenayah serius yang boleh mendatangkan kecederaan malah boleh membawa maut, malah video itu sendiri mengandungi berita tidak benar dan fitnah selain ancaman serius kepada menteri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Fikri mendesak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bertindak tegas mengekang fitnah dan perbuatan hasutan yang berleluasa di media sosial. -Bernama

loading...

VIDEO LAPORAN POLIS OLEH WAKIL PEJABAT PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)




Kes hina Rasulullah: Jaga sensitiviti agama lain

191627.jpg

Sementara itu, Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menggesa semua pihak lebih bertanggungjawab dan saling menjaga sensitiviti agama dan bangsa lain.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan tindakan seorang pengguna Facebook bernama Foo Sing Wai menyiarkan grafik menghina Rasulullah SAW dan agama Islam khususnya.

“Perkara ini telah dibawa ke pengetahuan pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) supaya tindakan tegas diambil mengikut peruntukan undang-undang yang ada.

“Malaysia Baharu tidak memerlukan perbalahan antara mana-mana kaum, bangsa atau agama,” kata kenyataan itu hari ini.

Terdahulu, paparan status Facebook itu tular dan mengundang kemarahan orang ramai khususnya masyarakat Islam.

Malah, ramai yang menggesa agar SKMM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan segera terhadap individu berkenaan.

Bagaimanapun, carian di Facebook mendapati hantaran tersebut tidak dijumpai dipercayai telah dipadamkan.



Sumber: Sinar Harian via Express Viral

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post