Siapa yang tak risau jika ayah yang disayangi hilang. Pasti seluruh keluarga ikhtiar dan berusaha untuk mencari di mana dia berada.
(Video) Bapa Hilang Akhirnya Ditemui 3 Beradik Ini Dalam Keadaan Lemah |
Ini yang berlaku pada satu keluarga di Kampung Gubah Nyalas, Jasin, Melaka apabila ayah mereka yang berusia 67 tahun menghidap penyakit nyanyuk hilang tidak pulang ke rumah.
ARTIKEL MENARIK: Video Seorang Ibu Tercari-Cari Anak Ketika Tamat Latihan Polis Undang Sebak
Menurut Facebook Yatie Hayati, info terakhir diterima berkenaan ayahnya ialah sewaktu bercakap di telefon, ayahnya memberitahu dia penat dan lapar serta berada di sungai tetapi tidak tahu sungai mana. Pihak polis hanya menjumpai beg kepunyaan ayahnya di tepi sungai.
loading...
Alhamdulillah ayah telah jumpa
Kami ikut suara tu nampak ada anjing putih
Syukur alhamdulillah ayh kami telah d temui jam 7.30pg td dlm keadaan lemah...
Polis suruh bkumpul kat balai jam 8pg tapi dak along ajak adik² masuk hutan 6 lebih pg td,naluri seorang anak tu kuat..,hati kuat berkata ayah ada...masuk je kami baca bismillah.. Sambil jln teriak ayah ayah ayah...
Nak baca doa ap patut dak along mmg xingt la...bukak you tube cari surrah utk org hilang... Habis je surrah tu,dak along jerit panggil ayah...baru dgr suara ayah menyahut sayu je,dorg sume dh terlajak kedepan.. Ingt dak along je yg perasan...adik² pon dgr... Bile kami ikut suara tu nmpk ad anjing putih(kami baca ap patut) panggil lagi ayah..dgr dia sahut...
btl tu suara ayah... Ye tu ayah...x pikir apa terus lari ikut suara tu...nmpk parit dalam jgk paras² kpla dak along tp kami 3 beradik lompat aje ke dlm tu mujur xde air bnyk...bile dpt naik ats kami cari suara tu ad bdekatan.. Tgk ayah terbaring blkg pokok dgn keadaan dia lemah...muka lebam,kaki tgn penuh duri²,kaki bengkak mngelembung...call polis bgthu dh jmp tp polis xdpt nk masuk ke dlm sbb xde laluan... Jadi adik lelaki kami dukung ayah bwk keluar.
Terima kasih pada semua yg terlibat... kariah mukim nyalas,ketua polis nyalas serta anggota,pemimpin setempat,kwn² hiking melaka dak along yg masuk hutan cr ayah dr smlm..kwn² semut runner yg dpt kn info kat mn lokasi ayh,kwn² yg mintak pertolongan ustaz²,kenalan fb yg kenal mahu pon x yg x putus² doa kn ayh dan semua sedara mara... Terima kasih sangat² dr kami sekeluarga. - Yatie Hayati
Menurutnya, dia bersama adik beradik yang lain masuk hutan pada pukul 6 pagi demi mencari ayah kerana naluri mereka kuat mengatakan bahawa ayahnya berada dalam hutan tersebut.
Semasa di dalam hutan mereka membaca doa yang sepatutnya sambil menjerit nama ayahnya sehingga terdengar suara ayahnya menyahut. Mereka terus mengikut jejak suara itu untuk mencari ayahnya sehingga terjumpa di belakang pokok dalam keadaan yang lemah.
Terima kasih pada semua yang terlibat
Dia sekeluarga sangat berterima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung membantu mencari ayahnya itu.
Sumber: Yatie Hayati via ohbulan.com .. TQ :) VIA BLOGMAZEER.COM
Post a Comment