Tampil Cantik & Awet Muda! 9 Wajah Terbaru Sherry Ibrahim, Yang Last Tu Kembar Sherry Ke?

Tampil Cantik & Awet Muda! 9 Wajah Terbaru Sherry Ibrahim, Yang Last Tu Kembar Sherry Ke?

Syarizad binti Ibrahim (lahir pada 3 April 1983) atau lebih dikenali sebagai Sherry Ibrahim ialah seorang pelakon, model dan pengacara Malaysia

Tampil Cantik & Awet Muda! 9 Wajah Terbaru Sherry Ibrahim, Yang Last Tu Kembar Sherry Ke?
Tampil Cantik & Awet Muda! 9 Wajah Terbaru Sherry Ibrahim, Yang Last Tu Kembar Sherry Ke?

Sherry dilahirkan pada hari Ahad, 3 April 1983 Masihi bersamaan 19 Jumadil Akhir Hijrah dan dibesarkan di Petaling Jaya kepada ibubapanya Ibrahim Yaacob dan Norliza Maamun.

Beliau ialah anak sulung daripada tiga beradik yang kesemuanya perempuan, dua adik perempuannya ialah Natasya Ibrahim dan Syafinaz Ibrahim. Sebagai seorang pelajar, Sherry menghadiri Sekolah St. Mary Girl, Kuala Lumpur.

ARTIKEL MENARIK: Ramai Sangka Ronaldo Brazil Datang Malaysia Sebab Mahu Sertai JDT, Tapi Sebenarnya Ini Tujuan Beliau Jumpa TMJ


Pada tahun 2001 beliau bekerja sebagai Pramugari penerbangan di syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines (MAS). Beliau meninggalkan MAS apabila kontraknya berakhir pada tahun 2006.

Beliau memulakan kerjaya lakonannya dalam siri TV di TV3, Dunia Baru, di bawah pengarah M. Hitler Zami, sekali gus membuka permulaan kepada kerjaya lakonannya. 

Beliau menjadi peopular melalui kerjaya beliau dalam bidang lakonan, pengacaraan dan iklan. Peluang untuk menyertai syarikat penerbangan antarabangsa, Qatar Airways yang berpangkalan di Doha, Qatar datang pada tahun 2010. Beliau sekali lagi kembali ke dunia penerbangan sebagai pramugari membuat dia meninggalkan kerjaya mekar beliau dalam bidang seni.

Selepas sekian lama menghilangkan diri dari dunia huburan untuk beberapa tahun, Sherry membuat kemunculan semula pada tahun 2012 apabila kontrak beliau dengan Qatar Airways tamat. Beliau telah ditawarkan peranan kecil dalam siri drama Setia Hujung Nyawa dari episod 16 dan seterusnya di TV3. Apabila drama mencapai rating yang sangat tinggi, ia membuktikan bahawa Sherry tidak pernah dilupakan dan bakat beliau adalah lebih ketara. Sherry kemudian ditawarkan salah satu peranan utama bersama Ady Putra, Nabila Huda dan Shah Iskandar dalam satu lagi drama hit, Teduhan Kasih. Sherry kini diuruskan oleh Afeeq daripada Laugh Out Loud Entertainment Sdn. Bhd.

Artis di bawah pengurusan Laugh Out Loud Entertainment Sdn. Bhd. termasuk selebriti terkenal seperti Rozita Che Wan dan Dafi. Pada bulan Jun 2013, Sherry telah dilantik sebagai duta Hairkunst, Malaysia oleh pengarahnya Bambang Soteto yang telah diisytiharkan sebagai Duta/TrendTrainer untuk Schwarzkopf Malaysia 2010/2011.

Pada Januari 2014, Sherry telah dilantik sebagai Duta Fairy Beauty, Malaysia.



Wajah Terkini Sherry Ibrahim Tampil Awet Muda dan Maintain Cantik:










loading...







Menerusi IG Sherry telah berkongsi gambar bersama Fiza Halim dengan caption :
My beautiful favourite kakak and we can talk for hours ! ðŸ’•@fizaabdhalim
Rata-rata netizen memuji kecantikan dua pelakon ini dan ada antaranya mengatakan macam adik beradik, kembar dan ada iras.



Sumber : wikipedia dan ig sherry ibrahim via Sweet Nutella

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post