Petua Hilangkan Bisul Dengan Cepat Tanpa Perlu Berjumpa Doktor

Petua Hilangkan Bisul Dengan Cepat Tanpa Perlu Berjumpa Doktor

Bisul ialah jangkitan pada folikel rambut/bulu roma yang menyebabkan penghasilan nanah atau abses.

Petua Hilangkan Bisul Dengan Cepat Tanpa Perlu Berjumpa Doktor
Petua Hilangkan Bisul Dengan Cepat Tanpa Perlu Berjumpa Doktor

Bisul boleh merebak apabila mana-mana bahagian badan tersentuh bisul yang pecah.

Bisul yang terjadi di sekeliling mata dan hidung adalah sangat serius kerana racunnya boleh merebak hingga ke otak. Jom kami kongsikan petua hilangkan bisul dengan cepat tanpa perlu berjumpa doktor.

ARTIKEL MENARIK: Pelajar Terlalu Aktif & Sukar Dikawal, Ugut Hantar Balai Polis Pun Tak Jalan, Guru Tanya Bapa Kata Gangguan, Tapi Rupanya.


1. Air rebusan garam

Masukkan satu sudu teh garam ke satu suku gelen air mendidih dan sejukkannya pada suhu bilik. Tuam kain yang direndam ke dalam air suam bergaram tersebut ke kawasan dijangkiti lebih kurang 30 minit, setiap beberapa jam. Ini akan membantu memecahkan bisul dan mengalirkan nanah keluar lebih cepat.

2. Campuran madu, tepung & kuning telur

Untuk petua ini, anda memerlukan 1 sudu madu, 1 sudu tepung dan 1 biji kuning telur. Campurkan kesemua bahan sehingga sebati & sejukkan didalam peti ais. Apabila sudah sejuk, sapukan ke atas bisul dan biarkan sehingga kering. Apabila campuran kering, letakkan yang baru. Ulang sehingga bisul anda kecut.

3. Kapur sirih

Sapukan kapur sirih ke atas bisul supaya cepat kecut. Apabila kapur sirih kering, sapukan lagi. Ulang sehingga bisul anda kecut.

loading...

4. Bawang putih

Ambil seulas bawang putih & tumbuk sehingga halus. Letakkan di atas bisul dan balut supaya bawang tidak jatuh. Ulang sehingga bisul anda mengecut.

5. Kapas dan cuka

Ambil segumpal kapas dan celupkan seketika ke dalam cuka makan sehingga meresap. Sapu sekeliling bisul tersebut setiap malam. Biarkan semalaman. Mungkin anda akan terasa pedih sedikit. Kalau tak tahan pedih, basuh dengan kedar segera. Ulang sehingga bisul anda kecut.

6. Beras dan kunyit hidup

Rendam segenggam beras bersama beberapa ketul kunyit hidup didalam air selama sejam. Toskan air dan tumbuk beras dan kunyit hingga lumat. Tepek pada bisul hingga kering. Apabila kering, gantikan dengan campuran yang baru. Ulang sehingga bisul anda hilang.

peyua hilang bisul
Sumber: Karangkraf

7. Daun sirih

Kunyah daun sirih dan tepekkan pada bisul. Biarkan sehingga kering. Kepada anda yang tak pernah makan sirih, apabila dikunyah, rasanya agak pedas. Kena tahan sikit. Ulang sehingga bisul anda tiada lagi.

8. Uncang teh

Rendamkan uncang teh dalam air panas sehingga kembang. Apabila sudah suam, tekapkan uncang teh tadi ke atas bisul. Apabila uncang teh menyejuk, rendam semula sehingga panas. Ulang setiap 3 jam. Uncang teh tadi jangan pula diminum selepas tu, ada banyak bakteria.

9. Minyak tea-tree

Minyak tea-tree telah digunakan selama berkurun lamanya sebagai antiseptik, antibiotik dan agen antifungi. Sapukan minyak tersebut ke bisul anda beberapa kali sehari. Namun harus diingat, minyak ini boleh menyebabkan tindakbalas alahan. Berhenti jika rasa sakit atau bisul menjadi semakin merah.

10. Ubat homeopati

Ubat homeopati juga boleh digunakan untuk menghilangkan bisul. Di antara ubat homeopati yang berkesan untuk bisul termasuklah belladonna, hepar sulfuris, silicea 30c dan Bryonia 200c. Apa salahnya mencuba, kan? Mana tahu kot serasi.

11. Teh Herba

Teh herba seperti dandelion dan red clover dipercayai boleh membantu merawat jangkitan bakteria yang menjadi punca bisul. Kalau anda terkena bisul. minum teh herba untuk membunuh bakteria yang ada dalam badan anda.

petua hilangkan bisul
Sumber: Stylecraze

12. Ubat salap

Ubat salap yang mengandungi marshmallow atau elm yang licin boleh melegakan keradangan yang disebabkan oleh bisul.

13. Pucuk daun semalu

Tumbuk beberapa tangkai pucuk daun semalu hingga lumat. Tampalkan pada keliling bisul. Biarkan sehingga ia kering. Amalkan selalu sehingga bisul hilang.

14. Buah delima & daun lidah buaya

Asah kulit buah delima yang basah. Campurkan dengan daun lidah buaya. Sapukan pada permukaan bisul.

15. Menjaga kebersihan

Mengamalkan kebersihan diri terutama di kawasan yang mudah terjadinya bisul. Mandi sekurang-kurangnya 2 kali sehari untuk memastikan badan sentiasa bersih. Gunakan sabun antibakteria bagi individu yang mudah berpeluh dengan banyak atau bekerja di kawasan yang kurang bersih.

16. Pakaian ketat

Elak diri dari memakai pakaian yang ketat kerana pakaian ketat boleh menyebabkan anda banyak berpeluh. Peluh yang banyak menyebabkan banyak bakteria ada pada tubuh badan.

17. Jangan menggaru

Jangan menggaru kulit kerana kulit yang terluka akan menyebabkan bakteria punca bisul masuk ke dalam kulit.

petua hilangkan bisul
Sumber: Huffingtonpost

18. Losyen antiseptik

Gunakan losyen antiseptik seperti Cetrimide atau Acriflavine pada kulit yang luka untuk mencegah dari jangkitan atau perebakan jangkitan.

19. Mencuci

Cuci mana-mana bahagian badan yang tersentuh dengan nanah dari bisul yang pecah.

20. Jangan picit bisul

Jangan memicit, menggaru atau memecahkan bisul kerana bisul yang pecah atau luka yang terbuka boleh menggalakkan jangkitan. Memicit bisul boleh menyebabkan jangkitan masuk lebih jauh ke dalam kulit. Manakala menggaru bisul yang pecah boleh menyebabkan bisul merebak ke tempat-tempat lain.

21. Tuam dengan air panas

Apabila bisul terjadi, tuamkannya dengan tuala panas selama 10 minit sebanyak 3 kali sehari untuk membantu memasakkan bisul & menggalakkannya untuk pecah dengan sendiri. Selain itu, anda juga boleh menggunakan botol berisi air panas atau pad pemanas yang kalis air dan letakkannya di atas tuala lembap. Kemudian tuamkan ke kawasan bisul. Ini juga boleh membantu meredakan kesakitan akibat bisul.

petua hilangkan bisul
Sumber: Mothersbond

22. Ubat tahan sakit

Makan ubat penahan sakit jika anda tidak berdaya menahan kesakitan.

23. Cuci bisul yang pecah

Apabila bisul telah pecah, cuci bahagian tersebut secara menyeluruh dengan sabun antibakteria untuk mengelakkan jangkitan dari merebak ke kawasan lain. Teruskan menuam selama 3 hari selepas bisul telah pecah. Balut dengan kapas yang kering dan tukar setiap hari sehingga bahagian tersebut telah betul-betul sembuh.

24. Sentiasa mencuci tangan

Cuci tangan sehingga betul-betul bersih sebelum menyediakan makanan kerana bakteria yang terkandung di dalam bisul boleh menyebabkan keracunan makanan.

25. Mandi air pancuran

Jika terkena bisul, mandi dengan air pancuran (shower) kerana menggunakan air pancuran dapat mengurangkan jangkitan dari merebak.

petua hilangkan bisul
Sumber: Amazon

Itulah dia 25 petua hilangkan bisul yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga perkongsian kami bermanfaat buat anda.


Sumber : bidadari.my

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post