Nabi Muhammad SAW pernah berpesan, sesiapa yang memeluk agama Islam, dosanya yang lalu akan diampunkan ibarat bayi yang baru lahir.
“Masa Tu Saya Masih Jahiil. Rasa Malu Pernah Hina Nabi”, Penerbit Filem Fitna Bersyukur Diberi Hidayah, Akhirnya Peluk Islam |
Hidayah untuk memeluk agama Islam itu datang dalam pelbagai bentuk. Ada yang hadir secara lancar dan tenang malah ada juga yang hadir dengan pelbagai cabaran yang berliku-liku.
ARTIKEL MENARIK: 13 Orang Doktor Berusaha Bantu Wanita Sberat 300kg Melahirkan Anak. Tetapi Ketika Mereka Melihat Bayinya Keluar, Mereka Tergamam
Namun begitu, disebabkan keyakinan yang tinggi kepada Yang Maha Esa dan juga pada diri sendiri, sebarang halangan pasti dapat diatasi.
Kebelakangan ini, negara panas dengan isu penghin4an terhadap Nabi Muhammad SAW. Beratus laporan polis dibuat kerana wujudnya “Salman Rushdie” kecil yang cuba mencetuskan provokasi.
Dunia mungkin belum melupakan Salman Rushdie selepas mencatat nama sebagai musuh terbesar umat Islam apabila menghasilkan novel The Sat4nic Verses yang menghina Nabi Muhammad SAW. Selepas kemarahan umat Islam merebak pada tahun 1988, pemimpin Iran terdahulu, Ayat0llah Ruhollah Khomeini telah mengeluarkan fatwa bunoh dan mengatakan dar4hnya halal pada 1989.
Salman Rushdie pasti diingati oleh seluruh umat Islam atas penghasilan novelnya, The Satanic Verses. Darahnya dikatakan halal bagi umat Islam termasuk wang tunai ditawarkan untuk membonuhnya suatu ketika dahulu
Kisah-kisah penghinaan terhadap junjungan Nabi Muhammad dan Islam tidak pernah putus. Ini termasuklah penulisan novel berjudul Lajja yang ditulis oleh Nasrin yang mengisahkan keluarga Hindu diserang oleh orang Islam.
Masa yang sama, penghinaan terhadap Nabi ini membuatkan Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah (ECHR) memutuskan bahawa adalah menjadi satu kesalahan memfitnah Nabi Muhammad SAW.
Dunia juga mungkin tidak boleh melupakan penerbit filem dari Belanda, Arnoud Van Doorn yang turut mencetuskan kontroversi pada tahun 2012.
Ternyata hidayah itu milik Allah. Dari sebuah filem FITNA yang anti Islam, akibat kebenciannya terhadap Islam dari rasa takut yang timbul, Allah akhirnya mencampakkan hidayah di hatinya.
Dalam satu temubual dengan media, Arnoud Van Doorn berkata, dirinya malu dengan tindakan menerbitkan filem Fitna.
“Saya berharap semoga Allah menerima taubat saya di atas perbuatan saya ini, Saya amat berharap agar tangisan penyesalan saya ini akan dapat membasuh dosa-dosa saya terhadap Islam selama ini. Saya berasa amat malu ketika menziarahi makam Rasulullah,” katanya yang berpeluang mengerjakan haji beberapa tahun lalu.
Kongsi Van Doorn, ketika penghasilan filem Fitna, dia sudah lama melancarkan propaganda anti Islam. Sebagai ahli politik parti bebas pimpinan Geert Wilders di Belanda, hatinya terbuka memeluk Islam hanya selepas setahun mengkaji tentang ajaran Islam.
Pengislaman Van Doorn mengejutkan dunia tetapi hidayah itu milik Allah. Selepas ke masjid dan berbual serta menerima layanan baik dai jemaah sedangkan dia menyangka dirinya akan dibunuh, hatinya tertarik memeluk islam
Menurut Van Doorn, terlalu banyak cerita negatif mengenai Islam sehinggalah dirinya membuat penyelidikan sendiri.
“Hati saya memilih Islam sebagai cara hidup setelah menerima layanan yang baik daripada para jemaah semasa mengunjungi sebuah masjid di The Hague, Belanda.
“Ketika berada di Masjid As-Sunnah, masjid terbesar di The Hague saya dapati layanan cukup baik dari jemaah termasuk mendapat penerangan lengkap dari imam masjid di sana,”katanya mengakui sebelum ini hatinya menolak untuk ke masjid kerana takut dibunuh.
Namun bila mendapati ia tidak seperti disangkanya, Van Doorn terus menafikan Islam itu teruk, jahat dan ganas seperti mana dimomokkan sebelum ini oleh media Barat bahawa Islam itu teruk.
“Saya benar-benar terkejut kerana orang di masjid itu begitu ramah dengan saya. Imam datang dan berjabat tangan dengan saya sambil mengucapkan selamat datang.
“Saya melihat ke dalam matanya, saya melihat kejujuran dan keikhlasan dalam diri mereka. Sejujurnya, ia satu saat yang begitu emosional buat saya pada ketika itu,” jelasnya.
Mengimbas bagaimana hatinya tertarik pada Islam, kata Van Doorn hatinya terdetik seelepas melihat bagaimana 1.2 bilion umat Islam begitu gembira menjadi orang Islam.
loading...
“Sejak itu saya mengkaji dan pemikiran mula berubah. Tiada lagi islamf0bia seperti mana difikirkan,” katanya mengaku pernah mempunyai ketakutan terhadap Islam suatu ketika dahulu.
Kesimpulannya, sebegitu banyak yang mula menghina Nabi Muhammad SAW adalah kerana mereka tidak memahami betapa indahnya Islam itu.
Jadi adalah menjadi tugas kita sebagai khalifah dilahirkan di dunia untuk menunjukkan yang baik-baik kepada bukan Islam untuk hati mereka menerima Islam satu hari nanti.
Apa pun, semoga tiada lagi provokasi agama demi kehormonian kaum. Islam itu agama syumul dan penuh kasih sayang. Untuk tidak mempedulikan apa terjadi juga tidak patut kerana kita harus mempertahankan Rasul kita, Nabi Muhammad dari terus dihina.
Sumber: SentiasaPanas via TheKlasik via Express Viral
Post a Comment