Keputusan SPM diumum 14 Mac

Keputusan SPM diumum 14 Mac

BANGI, 29 Jamadilakhir 1440H, Rabu – Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 akan diumumkan pada 14 Mac ini, menurut kenyataan Kementerian Pendidikan.

Keputusan SPM diumum 14 Mac
Keputusan SPM diumum 14 Mac

Kenyataan itu berkata, calon boleh mendapatkan keputusan SPM di sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi pada hari berkenaan.


ARTIKEL MENARIK: Dr. Maszlee Malik: Subjeks Sains Dan Sastera Bakal Disatukan Di Peringkat Sekolah Menengah


Sementara bagi calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mendaftar untuk menduduki peperiksaan.

“Calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2018 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula 10 pagi, 14 Mac dan akan ditamatkan pada 6 petang (20 Mac 2019).

“Keputusan juga boleh disemak melalui laman web Lembaga Peperiksaan (LP) di alamat sppat.moe.gov.my/semakan,” kata kenyataan itu.

KPM berkata, bagi calon SPM 2018 yang ingin mengambil SPM Ulangan 2019 atau sebagai calon persendirian tahun ini, pendaftaran dibuka bermula 14 Mac hingga 31 Mac 2019.

loading...

“Pendaftaran boleh dibuat dalam talian dengan melayari laman web LP di alamat sppat.moe.gov.my. Urusan pengesahan pendaftaran dan pembayaran hendaklah melalui Jabatan Pendidikan Negeri tempat calon ingin menduduki peperiksaan,” katanya.

Seramai 421,706 calon menduduki SPM 2018, dan daripada jumlah itu 362,754 adalah calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan.

9,427 calon daripada sekolah bawah agensi kerajaan selain KPM; calon sekolah menengah agama negeri (8,160); sekolah menengah agama rakyat (2,059); sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM (14,001) dan calon persendirian (25,305).

Kredit : Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post