Baru sebentar tadi, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia telah mengesahkan seorang rakyat Malaysia antara yang cedeera dalam insiden tembkan rambang di dua masjid dekat Christchvrch, lapor ProjekMM.
“Ayah pergi s0lat, sampai sekarang tak balik” -Rahimi Ahmad, Seorang Lagi Rakyat Malaysia Hilang Dalam Insiden Tmb4kan |
Beliau dikenali sebagai Mohd Tarmizi Shuib yang bertugas sebagai flight simulator di New Zealand.
ARTIKEL MENARIK: Jangan Sebarkan Rakaman Video Serangan Masjid Di New Zealand – SKMM
Namun begitu, menurut laporan NZ Herald, ada seorang lagi rakyat Malaysia yang dilaporkan hilang kerana masih belum pulang sehingga kini setelah keluar bersolat jumaat di Masjid Al Noor. Keluar bersolat dengan anak umur 11 tahun, sehingga kini tiada berita
Mngsa berasal dari Malaysia ini dikenali sebagai Rahimi Ahmad, 39, yang dilaporkan telah keluar solat jumaat di Masjid Al Noor dekat Deans Avenue dengan anak lelakinya yang berumur 11 tahun.
Menurut sumber, anak lelakinya tengah bermain di luar masjid sebelum beberapa das tembakan kedengaran di dalam masjid. Mujurlah ada orang masjid lain yang menyelamatkannya dengan menarik tangan budak tersebut dan membawanya masuk ke rumah berdekatan.
loading...
Walau bagaimanapun, tak ada sesiapa yang tahu apa berlaku kepada Rahimi. “Saya cuma nak tahu dia selamat, dan saya berdoa dia akan call nanti”
Menurut isterinya, Azila, sehingga sekarang dia menanti berita positif mengenai suaminya. “Saya cuma nak tahu dia selamat, dan saya berdoa dan berharap dia akan call nanti.
“Rahimi ada telefon bersamanya, jadi saya yakin dia akan contact saya nanti. Tapi sekarang saya tak tahu apa yang jadi kepadanya,” kata Azila.
Tambah Azila lagi, Rahimi ke masjid dengan anak lelakinya dalam jam 1 petang sebelum dia mendapat berita mengenai insiden tembkan rambang tersebut.
“Mereka suruh kami duduk di rumah, saya betul-betul tak tahu siapa yang patut saya hubungi atau apa yang perlu saya lakukan”
Menurut Azila, dia mendapat call daripada seorang rakan yang memberitahu anaknya dalam keadaan selamat tetapi Rahimi pula ada di dalam masjid ketika tembkan tu berlaku.
“Anak saya sedang bermain di luar, jadi ketika tembakan tu berlaku, seorang rakan terus ambil dia dan bawa dia ke rumah Kiwi bersebelahan dengan masjid. “Macam manapun, kawan saya tak tahu apa yang terjadi kepada Rahimi,” katanya.
Rahimi yang berasal daripada Pulau Pinang ini sudah tinggal di Christchvrch selama 5 tahun dengan keluarganya. Kini Azila buntu apa yang perlu dia lakukan.
“Kami semua disuruh berkurung dalam rumah, saya betul-betul tak tahu siapa yang patut saya hubungi atau apa yang perlu saya lakukan.
“Saya hanya menunggu dan berdoa yang saya akan dengar sesuatu tentangnya atau dapat tahu yang dia okay.” Tiada maklumat tentang Rahimi sehingga kini
Canterbury Malaysian Society, Sam Yau memberitahu mereka telah menghubungi Pesuruhjaya Tinggi Malaysia berkenaan isu Rahimi.
Namun kata Yau, mereka masih tidak mendapat sebarang confirmation mengenai lelaki tersebut. Laporan memberitahu, hanya seorang saja mangsa dari Malaysia yang sedang mendapat rawatan di hospital kini.
Marilah kita doakan yang terbaik buat Rahimi dan keluarganya di New Zealand. Sumber lobak merah.
Artikel berkaitan: Pengg4nas Siar Live Ketika Serang Masjid, Ini Respon Perdana Menteri New Zealand
Sebuah video berdurasi 0:44 saat telah tersebar di laman sosial menunjukkan seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke dalam masjid. Insiden yang berlaku di Christchurch, New Zealand itu menyebabkan sejumlah besar mangsa terbunvh
Lepaskan temb4kan sambil live Facebook
Individu tersebut dikatakan telah membuat serangan sambil live streaming di Facebook tanpa belas kasihan. Astro Awani melaporkan, saksi kejadian melihat seorang lelaki masuk ke Masjid Al Noor Christchurch pada jam 1.45 tengah hari sebelum melepaskan puluhan das tembakan.
Dia kemudiannya dilihat keluar dari masjid lalu menjatuhkan senjata dan berlalu pergi.
Saya lihat m4yat di sana sini. Ada tiga di satu lorong, di pintu masuk masjid, dan di dalam masjid. Semacam tidak percaya ini boleh berlaku.
Saya tak faham bagaimana orang boleh melakukan sebegini kepada orang lain. Ia tidak masuk akal.
Tambah Peneha lagi, lelaki tersebut berkulit putih dan memakai topi keledar seakan-akan anggota militari.
Respon Perdana Menteri New Zealand
Sementara itu, Presiden New Zealand, Jacinda Ardern menyifatkan kejadian yang berlaku di Christchurch adalah keganasan yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Katanya lagi, kebanyakan mangsa adalah ahli komuniti migran dan New Zealand adalah rumah mereka.
Tambahnya, individu yang melakukan keganasan ini tiada tempat di sini. Kepada penduduk Christchvrch, Jacinda menasihatkan agar berada di dalam rumah dan mematuhi arahan yang dikeluarkan polis.
Police New Zealand memaklumkan kesemua sekolah di Christchvrch ditutup dan orang ramai dinasihatkan agar tidak berada di jalanan dan melaporkan sebarang tingkah laku yang meragukan.
Polis juga telah bersiap sedia untuk mengawal situasi di mana risik0nya terlalu tinggi.
Polis juga memohon agar orang awam tidak menyebarkan video tembakan. Mereka sedang berusaha untuk memadam v1deo tersebut daripada intenet. Sumber : Astro Awani , NZ Police
Artikel berkaitan: Tragedi solat Jumaat: Seorang warga Malaysia cedera, terima rawatan di Hospital Christchvrch
SEORANG rakyat Malaysia disahkan cedera dalam insiden tembakan rambang di sebuah masjid di Christchurch, New Zealand.
Setiausaha Kedua di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington, Muhammad Azhari Azmi berkata mngsa, Mohd Tarmizi Shuib, sedang menerima rawatan di Hospital Christchvrch.
“Kita dimaklumkan oleh isteri mangsa bahawa beliau sedang dirawat di Hospital Christchvrch tetapi kita tidak tahu buat masa ini keadaannya lagi.
“Pihak berkuasa telah mengeluarkan perintah berkurung dan buat masa ini kita hanya dapat bergantung kepada maklumat daripada pihak berkuasa,” kata Muhammad Azhari ketika dihubungi Astro AWANI.
Mohd Tarmizi merupakan pengendali simulator penerbangan dan telah bekerja di New Zealand selama lebih setahun, dilaporkan mengalami kecederaan pada belakang badannya.
Ia difahamkan bahawa Tarmizi dan keluarganya sering berkunjung ke salah satu masjid yang terbabit untuk menunaikan solat Jumaat.
Beliau juga memaklumkan bahawa anak Tarmizi yang hanya dikenali sebagai Haziq masih tidak dapat dihubungi.
“Kita dimaklumkan isteri mangsa, anak mereka tidak dapat dihubungi.
“Orang di sekitar kawasan kejadian telah dipindahkan pihak polis, oleh itu buat masa ini, kita tidak dapat menghubungi anaknya lagi,” tambahnya.
Dalam pada itu, pihak Mohd Azhari dapat menghubungi wakil pelajar di Christchvrch dan mereka berada dalam keadaan selamat buat masa ini.
“Wakil pelajar tersebut masih sedang menghubungi semua pelajar di situ tetapi tiada pelajar warganegara Malaysia yang cedera setakat ini,” katanya. Astro awani
Sumber: Astro Awani via memorikini
Post a Comment