PELAKON, pengarah dan pelawak veteran, AR Badul, 70, dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU), Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, jam 4 petang semalam akibat masalah salur darah di jantung tersumbat.
Selepas Kisah Ar Badul Sakit Jantung Tular, Ini Bantuan Yang Dia Terima |
Isterinya, Maizatul Osman, 39, ketika dihubungi berkata, Badul atau nama sebenarnya Armaya Aman Ramlie mengalami serangan jantung mengejut di rumah mereka selepas Zuhur, semalam.
ARTIKEL MENARIK: “Aku Disahkan Mengidap Knser Usus, Hancur Hati, Jiwa Raga,” Enot Kongsi Sesuatu
“Abang (Badul) tidak ada sejarah sakit jantung atau penyakit lain. Semalam dia kena mengejut di rumah. Secara tiba-tiba badannya berpeluh dan dia minta saya bawa ke klinik.
“Namun, saya terus bawa ke bahagian kecemasan Hospital Kuala Lumpur. Selepas pemeriksaan barulah doktor beritahu abang ada masalah jantung dan dirujuk ke IJN.
“Setiba di IJN dan selepas pemeriksaan, abang menjalani pembedahan kecil bagi membuka semula salur darah di jantung yang tersumbat,” katanya kepada Harian Metro.
Menurut Maizatul, suaminya berada dalam keadaan stabil dan masih dalam pemantauan doktor untuk tempoh 48 jam.
“Alhamdulillah, selepas pembedahan kecil semalam, abang dilaporkan stabil. Namun, dia masih ditempatkan di CCU untuk pemantauan. Jika tak ada apa-apa komplikasi lain, Insya-Allah dia akan dipindahkan ke wad biasa esok,” katanya.
Maizatul berkata, Badul perlu menjalani satu lagi prosedur sama dan berharap semua rakan dan peminat Badul dapat mendoakan kesihatannya.
Alhamdullilah, Bantuan Untuk AR Badul
PERBADANAN Kemajuan Filem Nasional (Finas) tampil menghulurkan sumbangan buat pengarah, pelakon dan pelawak veteran, AR Badul, 70, yang kini dirawat di Unit Rawatan Koronari (CCU), Institut Jantung Negara (IJN) selepas mengalami serangan jantung.
Sumbangan disampaikan Pengerusi Finas, Datuk Samsuni Mohd Nor yang meluangkan masa melawat Badul hari ini.
loading...
Samsuni berkata, pihaknya bersyukur dengan keadaan kesihatan terkini pelakon dan pelawak itu.
“Kita amat menghargai semangat berkarya serta idea kreatif beliau. Semangat ini perlu diteruskan serta dikongsikan kepada generasi muda hari ini,” katanya.
Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan Finas, Khairul Azhar Abu Bakar.
Bagaimanapun, Samsuni tidak menyatakan jumlah sumbangan yang disampaikan.
Terdahulu, Badul dimasukkan ke IJN jam 4 petang semalam akibat masalah salur darah di jantung tersumbat. Isterinya, Maizatul Osman, 39, ketika dihubungi berkata, Badul atau nama sebenarnya Armaya Aman Ramlie mengalami serangan jantung mengejut di rumah mereka selepas Zuhur, semalam.
Sumber Artikel: Hmetro Online via KLViral
Post a Comment