Puluhan surat tidak dihantar dibuang dalam kebun

Puluhan surat tidak dihantar dibuang dalam kebun

PULUHAN surat tidak dihantar termasuk dokumen penting dikatakan dibuang dalam kawasan kebun di Jalan Kundang, Tanjung Sepat, Selangor.

Puluhan surat tidak dihantar dibuang dalam kebun
Puluhan surat tidak dihantar dibuang dalam kebun

Menerusi sebuah rakaman video yang tersebar seorang lelaki meluahkan rasa marah dan kecewa selepas menemui longgokan surat-surat dan dokumen penting yang tidak dihantar kepada penerima, sebaliknya dibuang di dalam kawasan kebun.


ARTIKEL MENARIK:  [Video] Lelaki ini kena kecam kerana rakam dan permainkan warga emas minta sedekah


Lelaki itu yang mengesyaki tindakan itu dilakukan oleh segelintir posmen yang tidak amanah, meminta supaya pejabat pos membuat tapisan lebih ketat di dalam memilih bakal posmen untuk bertugas.

"Tidak sepatutnya pejabat pos ambil posmen macam ni, patutnya pejabat pos pilihlah dulu yang betul-betul nak buat kerja,"

"Mana yang tak nak buat kerja tak payah (diambil), tengok ni semua surat tak sampai, surat saya sendiri pun tak sampai, siapa yang tak geram," katanya.

Berdasarkan rakaman video berkenaan, terdapat surat-surat penting seperti surat dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Universiti Malaysia (UM), dan surat-surat berkaitan urusan kerajaan.


loading...





Sumber : milosuam.net
-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post