LEBIH 300 individu kerugian hampir RM2 juta selepas pakej percutian murah yang mereka tempah dari sebuah agensi pelancongan di Kajang, dibatalkan saat-saat akhir, dua hari lalu.
Impian 300 orang ke Eropah musnah, rugi hampir rm2juta selepas ditipu agensi pelancongan di Kajang |
Agensi pelancongan yang menawarkan percutian ke benua Eropah itu juga didakwa membenarkan bayaran secara ansuran menyebabkan ramai individu memilih untuk mengambil pakej melancong bersama agensi itu.
ARTIKEL MENARIK: Tak ada sivik. Selamba mandikan anjing dalam bilik salin lampin di R&R
Mangsa, Badrul Hanapi Ali, 29, berkata, dia dan keluarga kerugian hampir RM40,000 untuk percutian ke Eropah yang dijadualkan Mac ini.
Menurutnya, dia sepatutnya ‘terbang’ 7 Mac ini bersama keluarga untuk percutian itu dan merancang menyambut hari lahirnya di sana pada 9 Mac.
Bagaimanapun, katanya, impiannya itu musnah selepas agensi pelancongan berkenaan memberi notis pendek melalui mesej pesanan ringkas (sms) dua hari lalu menyatakan kesemua pakej dibatalkan.
“Tidak puas hati dengan notis itu, saya kemudian menghubungi agensi pelancongan berkenaan, namun tiada jawapan.
loading...
“Rentetan itu, saya dan keluarga datang ke sini (pejabat agensi pelancongan itu) untuk bersemuka dan mendengar penjelasan daripada mereka.
“Tidak sangka pula ramai yang hadir membanjiri agensi pelancongan berkenaan hari ini,” katanya ketika ditemui wartawan Harian Metro.
Seorang lagi mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ros berkata, dia kerugian hampir RM50,000 selepas impiannya bercuti di Turki tidak kesampaian.
“Saya dan 17 ahli keluarga lain sudah ambil cuti dua minggu, malah terpaksa menolak beberapa tempahan katering.
“Saya sepatutnya menaiki pesawat 1 tengah malam esok tetapi semuanya musnah selepas agensi (pelancongan) membuat pembatalan tanpa sebab yang kukuh,” katanya yang datang dari Ipoh.
Katanya, dia mengetahui mengenai agensi pelancongan itu melalui kenalan yang pernah menggunakan perkhidmatan itu sebelum ini.
“Sebelum ini, kawan saya pernah menggunakan agensi pelancongan itu untuk ke Turki. Sebab itu saya percaya dan tidak fikir panjang mengambil pakej percutian bersama mereka,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif agensi pelancongan itu memaklumkan bahawa kesemua wang mangsa akan dikembalikan dalam tempoh enam bulan.
Sumber artikel : harian metro via BLOGMAZEER.COM
Post a Comment