Tun Mahathir Akan Jumpa Sultan Johor Buat Pertama Kali Munkin Disebabkan Perkara Ini

Tun Mahathir Akan Jumpa Sultan Johor Buat Pertama Kali Munkin Disebabkan Perkara Ini

Tun Mahathir Akan Jumpa Sultan Johor Buat Pertama Kali Munkin Disebabkan Perkara Ini

Tun Mahathir Akan Jumpa Sultan Johor Buat Pertama Kali Munkin Disebabkan Perkara Ini
Tun Mahathir Akan Jumpa Sultan Johor Buat Pertama Kali Munkin Disebabkan Perkara Ini

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, dijangka menerima mengadap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad, di Istana Bukit Serene, dekat Johor Bahru, Khamis ini.

Difahamkan pertemuan pertama antara Sultan Johor dengan Dr Mahathir sejak dilantik semula sebagai Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) itu, turut disertai isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

ARTIKEL MENARIK: Rakaman Pemuda UMNO Buat Kejutan Terjah Ke Pejabat Eric Liew Yang Dikatakan Menghina YDPA. Ini Yang Terjadi Selepas Itu




Bagaimanapun mengikut sumber, agenda pertemuan itu tidak dapat dipastikan tetapi difahamkan dalam pertemuan itu akan turut membincangkan mengenai isu peletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-15.
“Dr Mahathir and isteri diberi perkenan untuk mengadakan pertemuan dengan Sultan Johor pada 8 Jan ini (Khamis). Agenda pertemuan itu tidak diketahui tetapi sudah pasti pertemuan itu menarik perhatian kerana ia pertama kali Perdana Menteri diterima mengadap selepas perubahan kerajaan tahun lalu.

Tidak Pernah Berjumpa?

“Perdana Menteri tidak pernah secara rasmi bertemu Sultan Johor sejak tahun lalu, jadi ini pertemuan pertama mereka,” kata sumber kepada NSTP di Johor Bahru, hari ini.
Sementara itu, sumber menafikan khabar angin mengenai kebimbangan pihak tertentu di Putrajaya bahawa Sultan Johor mahu melaksanakan cara sendiri jika menjadi Yang di-Pertuan Agong.
“Di Johor, Sultan Johor menetapkan setiap Rabu, Menteri Besar, EXCO atau pegawai jabatan kerajaan boleh mengadap baginda bagi mengemukakan sebarang isu atau laporan.



“Terdapat kebimbangan bahawa jika Sultan Johor menjadi Yang di-Pertuan Agong, baginda akan menggunakan cara itu untuk Perdana Menteri dan Kabinet. Perkara itu tidak benar.
“Nampaknya ada kekhuatiran mengenai cara seperti ini apabila ada yang berpendapat bahawa Dr Mahathir sudah tua jadi dia tidak boleh menerima perkara itu yang datang dari Sultan yang lebih muda daripadanya,” katanya.
Sumber Artikel : Hmetro Online

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post