Tidak Sedar Ketika Undurkan Kenderaan, Bayi Maut Dilanggar Pengasuh
Tidak Sedar Ketika Undurkan Kenderaan, Bayi Maut Dilanggar Pengasuh |
BAYI perempuan dilnggr kereta di garaj kereta di rumah pengasuhnya di Taman Kesedar Putra, Gua Musang, hari ini.
Kejadian berlaku pada 5 petang dan mangsa Aamina Inayah Mohd Hafezul, 17 bulan meniinggal duunia ketika menerima rawatan di Hospital Gua Musang (HGM), 30 minit kemudian akibat kecedraan dalaman.
ARTIKEL MENARIK: “Tapi tak pernah saya jumpa seorang budak yang boleh berkawan dengan 70-80 ekor kerbau (yang tidak dicucuk hidungnya) dalam satu masa. Mereka dah kenal dah dengan Syukor ni.”
Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Mohd Taufik Maidin berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika ibu pengasuhnya berusia 54 tahun cuba mengalihkan kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Fortuner yang berada di luar garaj itu.
Katanya, ketika itu pengasuh bayi berusia 20 tahun berkenaan berada di dalam rumah, dan tidak menyedari bayi terbabit keluar dari rumah.
“Bagaimanapun, selepas perlanggaran itu, pengasuh itu bergegas dan melihat bayi itu terbaring dan menangis. Pengasuhnya segera membawa bayi tersebut ke hospital untuk menerima rawatan,” katanya.
“Dia (pengasuh) yang menyedari kehilangan bayi itu mencarinya dan terdengar suara menangis sebelum melihat bayi berkenaan terbaring di tepi hadapan kenderaan terbabit.
“Pengasuh bersama ibunya mengangkat bayi itu lalu dikejarkan ke HGM, tetapi mgsa meniinggal duunia setengah jam ketika menerima rawatan,” katanya.
Difahamkan, bayi itu tinggal di rumah pengasuhnya sejak seminggu lalu berikutan bapanya bekerja, manakala ibunya pula bertugas sebagai jururawat di Arab Saudi.
loading...
Sementara itu, pengasuh terbabit ketika ditemui di Bilik Mayat HGM, berkata mangsa baru boleh berjalan dan dia tidak menyangka tragdi terbabit berlaku.
Katanya, dia sentiasa mengawasi pergerakan Aamina Inayah, tetapi ketika itu mungkin terlalai apabila tidak menyedari dia keluar ke garaj kereta.
“Biasanya bapa bayi itu datang mengambilnya pada 5.15 petang setiap hari, dan saya amat sedih dengan kemlngan itu,” katanya.
Difahamkan bayi itu, baharu seminggu lalu tinggal di rumah pengasuhnya kerana bapanya bekerja di Pejabat Tanah Jajahan Gua Musang dan ibunya bekerja sebagai jururawat di Arab Saudi.
Sementara itu, pengasuh bayi berkenaan, Nur Syamimi Ibrahim, 20, ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Gua Musang berkata, dia tidak menyangka kejadian itu kerana bayi itu baharu saja belajar berjalan.
Sumber : Utusan Online
Post a Comment