Sesuatu Terjadi Pada Ambang Tahun Baru 2019 Ketika JPJ Membuat Sekatan Jalan

Sesuatu Terjadi Pada Ambang Tahun Baru 2019 Ketika JPJ Membuat Sekatan Jalan

Sesuatu Terjadi Pada Ambang Tahun Baru 2019 Ketika JPJ Membuat Sekatan Jalan

Sesuatu Terjadi Pada Ambang Tahun Baru 2019 Ketika JPJ Membuat Sekatan Jalan
Sesuatu Terjadi Pada Ambang Tahun Baru 2019 Ketika JPJ Membuat Sekatan Jalan

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga India membuat onar apabila enggan memberikan kerjasama untuk menandatangani notis sita motosikalnya selepas ditahan dalam sekatan jalan raya, di Stesen LRT Bangsar, dekat Jalan Bangsar, hala ke pusat bandar, di sini, malam tadi.

ARTIKEL MENARIK: Ustazah menghembuskan nafas terakhirnya sejurus selepas lahirkan bayi lelaki


Buat Onar Di Sekatan Jalan Raya Dengan JPJ

Dalam Operasi Bersepadu Ambang Tahun Baharu yang bermula jam 10 malam itu, lelaki berusia 27 tahun berkenaan didapati tidak mempunyai lesen memandu yang sah di negara ini selepas ditahan ketika menunggang motosikal Kriss Modenas 115.
Dia yang tidak mahir bertutur dalam Bahasa Melayu tidak mahu menandatangani notis sita kerana tidak membenarkan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyita motosikalnya, meskipun pegawai bertugas berkali-kali menegaskan tidak akan bertolak ansur.
Drama berkenaan berlangsung hampir 20 minit dan lelaki berkenaan turut ditenangkan dan diterangkan beberapa pegawai JPJ lain berhubung kesalahannya dan undang-undang yang terpakai di negara ini.
Motosikal lelaki itu antara enam motosikal yang disita dalam operasi berkenaan yang mana ada di antara motosikal lain disita kerana cukai jalan tamat tempoh sehingga mencecah tempoh 14 tahun.
Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Datuk Ismail Mohd Zawawi, berkata operasi turut disertai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) serta Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR).
“Pihak JPJ memeriksa 1,026 kenderaan dan mengeluarkan 203 notis dengan kesalahan membabitkan lesen memandu serta cukai jalan mencatatkan notis paling banyak yang dikeluarkan.
“Pihak kami juga menyita enam motosikal yang didapati cukai jalan tamat tempoh melebihi tempoh setahun. Ada antara motosikal yang tamat tempoh sejak 2005, 2011 dan 2012 yang mana pihak kami melihat pengguna jalan raya memandang ringan mengenai cukai jalan dan insurans kenderaan,” katanya ketika sidang media, di lokasi, malam tadi.


Beliau berkata, sebuah motosikal yang ditunggang lelaki warga asing turut disita kerana lelaki berkenaan hanya menunjukkan lesen memandu dari negara asalnya, sedangkan penunggang terbabit perlu mempunyai lesen memandu antarabangsa.
Ismail berkata, pihak AADK turut menahan seorang lelaki berusia 20 tahun selepas ujian air kencing terhadapnya mendapati lelaki itu positif dadah jenis ganja.
“Bagi JAS, mereka memeriksa 32 kenderaan dan mengambil tindakan terhadap dua kenderaan selain JSPT mengeluarkan 33 saman kepada pengguna jalan raya,” katanya.
Sumber Artikel : BHARIAN ONLINE via KLViral

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post