“Saya Minta Maaf Sebab Pernah Jadi Contoh Tak Baik Kepada Masyarakat…” – Uqasha Senrose

“Saya Minta Maaf Sebab Pernah Jadi Contoh Tak Baik Kepada Masyarakat…” – Uqasha Senrose

“Saya Minta Maaf Sebab Pernah Jadi Contoh Tak Baik Kepada Masyarakat…” – Uqasha Senrose

“Saya Minta Maaf Sebab Pernah Jadi Contoh Tak Baik Kepada Masyarakat…” – Uqasha Senrose
“Saya Minta Maaf Sebab Pernah Jadi Contoh Tak Baik Kepada Masyarakat…” – Uqasha Senrose

Baru-baru ini pelakon Uqasha Senrose dan keluarga telah berangkat ke Mekah bagi menunaikan umrah, dan kepulangannya ke Malaysia telah disambut oleh peminat yang rata-ratanya ada meninggalkan komen di IG pelakon itu mendoakan kesejahteraan Uqasha.

Bercerita kepada wartawan Utusan Online, Uqasaha menyifatkan rasa syukur sepanjang menunaikan umrah. Menurut pelakon itu, dia berasa tenang berada di Tanah Suci dan dia juga menangis apabila terkenangkan dosa lampau.

ARTIKEL MENARIK: Elizabeth Tan Sedang Belajar Solat Buat Ramai Tertanya. Bila Ditanya Kenapa, Ini Jawapan Beliau


Tak tahu kenapa hati sering tidak tenang…

1.jpg?ssl=1


Sebelum ini saya pernah terduduk dan hilang arah kerana kesilapan lalu serta runsing tanpa sebab. Ia soal hubungan keluarga, kerjaya dan kehidupan seharian. Ada ketikanya tidak tahu apa punca yang membuatkan hati tidak tenang. Perasaan berkecamuk itu hilang sebaik sahaja menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Bagaikan satu keajaiban berlaku, semuanya berubah. Satu kegembiraan yang tak boleh diluahkan dengan kata-kata kerana ia terlalu indah,” katanya kepada Utusan Online.

Saya dah tak nak terpalit dengan kontroversi

Uqasha Senrose adalah artis yang kerap terpalit dengan beberapa kontroversi panas, dan seterusnya menjadi perhatian ramai sebelum ini.

Namun bermulanya tahun baru ini, Uqasha memberitahu bahawa dia mahu membuka lembaran baru dalam hidupnya dan tidak mahu membuat apa-apa perkara yang menyebabkannya terlibat dengan kontroversi.

Pelakon itu juga ada memuat naik status di IG, berazam ingin berubah dan sentiasa positif melalui hari akan datang.
Saya minta maaf sebab pernah jadi contoh tak baik pada masyarakat

Uqasha juga memberitahu bahawa dia ingin menguatkan hati, dan menetapkan pendirian untuk menolak perkara negatif yang bakal menghancurkan hidupnya.


Apa yang sudah berlaku bukanlah sesuatu yang patut disesali kerana ia banyak pengajaran. Kata orang, sebaik-baik ilmu itu adalah pengalaman. Saya minta maaf kerana pernah menjadi contoh tidak baik kepada masyarakat. Ketika itu saya belum matang dan mudah bertindak tanpa memikirkan dahulu apa akibatnya.”

2.jpg?ssl=1


Sumber : https://www.ohmymedia.cc

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post