Satu Keluarga Cina Masuk Islam Di Rawang. Ini Puncanya. SUBHANALLAH.
Satu Keluarga Cina Masuk Islam Di Rawang. Ini Puncanya. SUBHANALLAH. |
Hidayah itu milik Allah. Kisah satu keluarga cina masuk Islam ni buat ramai umat Islam Malaysia insaf. Baca selanjutnya.
ARTIKEL MENARIK: Besarnya Rahmat Jika Suami Isteri Yang Miliki Tiga Orang Anak Perempuan Yang Ramai Tak Tahu. Kongsikan Agar Ramai Tahu!
TIGA SEKELUARGA MASUK ISLAM
Percaya atau tidak, hidayah itu datang tanpa diduga dan paksaan dari sesiapa. Jikalau kita sudah dipilih-NYA sebagai insan bertuah yang bakal menerima hidayah tersebut, maka terimalah dengan hati terbuka seperti kisah di bawah.
Baru-baru ini, sebuah keluarga bukan Islam membuat keputusan untuk memeluk Islam di di kelas Fardhu Ain Bandar Baru Rawang bahasa Cina sekitar jam 10.30pm selepas sekian lama berniat untuk berbuat demikian.
Saudara Leong dan anak beliau dilihat diberi keterangan dalam bahasa cina sebelum mereka bertiga mengucap Kalimah Syahadah
Mereka sepakat memeluk agama islam seperti status yang dimuatnaik oleh sebuah laman Facebook komuniti Mualaf Rawang.
Alhamdulillah.. Hidayah milik Allah SWT..
“Ya Allah, tetapkanlah ia(Islam) dan jadikanlah ia(Islam) sebagai penunjuk yang selalu memberi petunjuk” kepada bro Leong dan anak2 juga kami sekalian..
Semoga dipermudahkan segala urusan, diberkati Allah dan beristiqomah selalu ke arah jalan yg diredhai Allah.
In shaa Allah.. Aamiin..
Cina Muslim di Malaysia bukanlah satu komuniti yang homogen atau seragam tetapi terdiri daripada pelbagai latar belakang yang berbeza dan kompleks. Berdasarkan istilah atau gelaran Cina Muslim, ramai yang faham ia merujuk kepada seseorang atau golongan etnik Cina yang beragama Islam. Walaupun mata mereka sama sepet, mereka tidak semestinya sama.
Cina Muslim di Malaysia secara umumnya terbahagi kepada dua kelompok utama, iaitu mereka yang dilahirkan Islam dan mereka yang memeluk Islam. Mereka yang dilahirkan Islam pula terbahagi kepada: (1) keturunan Hui dari negara China, (2) anak keturunan pemeluk Islam Cina tempatan, dan (3) anak perkahwinan campur Cina-Melayu.
Sungguhpun Cina Muslim di Malaysia terdiri daripada pelbagai latar belakang, mereka kini disatukan di bawah payung Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma) yang dipimpin oleh Prof Dr Taufiq Yap Yun Hin.
Macma komited dalam usaha perpaduan bukan sahaja dalam kalangan Cina Muslim di Malaysia tetapi juga sebagai penghubung antara Melayu dan Cina bukan Muslim. Kepelbagaian bukan penghalang kepada perpaduan dan kesatuan.
Hidayah Itu Milik Allah.
1) Surah Al-Baqarah, ayat 269:
يُؤْتِي الْحِكْمَةَ مَن يَشَاءُ وَمَن يُؤْتَ الْحِكْمَةَ فَقَدْ أُوتِيَ خَيْرًا كَثِيرًا وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّا أُولُو الْأَلْبَابِ
Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.
loading...
2) Surah Al-Anaam, ayat 125:
فَمَن يُرِدِ اللَّهُ أَن يَهْدِيَهُ يَشْرَحْ صَدْرَهُ لِلْإِسْلَامِ وَمَن يُرِدْ أَن يُضِلَّهُ يَجْعَلْ صَدْرَهُ ضَيِّقًا حَرَجًا كَأَنَّمَا يَصَّعَّدُ فِي السَّمَاءِ كَذَٰلِكَ يَجْعَلُ اللَّهُ الرِّجْسَ عَلَى الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ
Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman.
3) Surah Al-Qasas, ayat 56:
إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَٰكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَن يَشَاءُ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ
Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam).
Semoga sama-sama beroleh manfaat.
Sumber: Infotrending via KHALIFAH MEDIA NETWORKS.
Post a Comment