Remaja 15 Tahun Lari Dari Rumah. Ibu Bapa Merayu Anaknya Pulang. Punca Gadis Ini Lari Diceritakan Oleh Bapanya

REMAJA perempuan berusia 15 tahun dilaporkan hilang selepas tidak pulang dari sekolah sejak Rabu lalu.

Nur Najwa Anuar dihantar ibunya dari rumah mereka di Pedah Jaya, Jerantut ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Saujana tidak jauh dari rumahnya.

ARTIKEL MENARIK: Bekas Ketua Hakim Ini Dedah Kesilapan Sultan Muhammad V, Selepas Agong Letak Jawatan Minggu Lepas

Bapanya, Anuar Ludin berkata, anak bongsunya itu tidak pulang ke rumah selepas itu dan dipercayai melarikan diri berikutan berlaku perselisihan faham antara mereka.

Katanya, perselisihan faham itu berlaku kerana mereka sering menegurnya kerana keluar malam malah isterinya pernah mengambil telefon bimbitnya.

“Dia dipercayai mengikuti rakannya dan kami juga menerima maklumat dia menaiki bas ke Temerloh pada hari dilaporkan hilang,” katanya ditemui hari ini.

Anuar berkata, anaknya itu ada menjawab panggilan telefon namun tidak memberitahu lokasinya ketika ini.

“Dia cuma beritahu tidak mahu bersekolah lagi dan ingin mencari kerja.

“Kami bimbang dengan keadaannya dan memintanya kembali ke rumah,” katanya yang sudah membuat laporan di Balai Polis Jerantut.

Salah satu posting dari pengguna Facebook meminta bantuan orang ramai.
Butiran mangsa
Nama:Nur najwa binti anuar
Umur: 15tahun
Kali terakhir dilihat di smk pandang saujana jerantut pahang.
Mintak tlg pada semua yang ada terlihat atau terjumpa tolong bawa kebalai berhampiran atau hubungi kelurga beliau en.anuar 0199549667 ( bapa). Laporan telah dibuat di balai jerantut. Bantu smpai jmpa warga FB sekalian.
Sumber Artikel: HMETRO ONLINE
Notakaki: Mohon doa dari semua untuk dipermudahkan pencarian remaja ini. Sekiranya anda kenal atau tahu dimana dia berada mohon beritahu dia ibu ayahnya sedang risau.
VIA KLViral

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post