Pasukan SAR dikejutkan penemuan seorang lelaki di jambatan kedua Pulau Pinang – Semasa

PASUKAN mencari dan menyelamat (SAR) yang bersiap sedia di Pangkalan Polis Marin di Batu Uban, Pulau Pinang untuk mendapatkan kenderaan utiliti sukan (SUV) yang terhumban ke laut dari Jambatan Pulau Pinang, dikejutkan apabila bot polis membawa balik seorang lelaki berumur 33 tahun dalam keadaan separuh sedar.

Lelaki itu, yang belum dikenal pasti identitinya, dipercayai terjatuh dari jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (jambatan baharu Pulau Pinang) pada KM2.2 pada Selasa (22 Januari).

ARTIKEL MENARIK: Kereta SUV ditemui, mayat mangsa masih memakai 'seat belt'

Mangsa berpakaian kot hitam, baju putih dan seluar hitam.

Kehadiran mangsa disedari oleh seorang nelayan di bawah jambatan selepas melihat percikan di permukaan laut dan bergegas menyelamatkan mangsa, kira-kira pukul 9.30 pagi.

Polis Marin yang berada dalam keadaan bersiap sedia segera diberitahu mengenai kejadian itu.

“Kami tiba di tempat kejadian dalam masa 15 minit dan mengambil mangsa daripada nelayan berkenaan,” kata Komander Polis Marin Wilayah 1, Asisten Komisioner Rosman Ismail yang memantau operasi mencari dan menyelamat pemandu SUV yang hilang, Moey Yun Peng.

Dalam kejadian pada pukul 2.54 pagi Ahad, sebuah kenderaan SUV terjunam ke laut selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta hitam di jambatan Pulau Pinang.

loading...

Bangkai kenderaan itu ditemui pada kedalaman 15 meter, kira-kira 15 meter dari mana ia terhumban selepas melanggar penghadang.

Operasi untuk menarik keluar kenderaan tersebut ditangguhkan pada Isnin berikutan cuaca buruk. – The Star / Mstar via Catatan Terakhir

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post