“Macam-macam orang selfie dengan saya. Nadia ingat dia berkahwin dengan orang kerja kilang ke?” – Tauke Jambu

“Macam-macam orang selfie dengan saya. Nadia ingat dia berkahwin dengan orang kerja kilang ke?” – Tauke Jambu

“Macam-macam orang selfie dengan saya. Nadia ingat dia berkahwin dengan orang kerja kilang ke?” – Tauke Jambu

“Macam-macam orang selfie dengan saya. Nadia ingat dia berkahwin dengan orang kerja kilang ke?” – Tauke Jambu
“Macam-macam orang selfie dengan saya. Nadia ingat dia berkahwin dengan orang kerja kilang ke?” – Tauke Jambu

KUALA LUMPUR: Pelawak popular, Tauke Jambu menafikan menceraikan Nadia Mohd Affendi melalui rakaman suara yang dihantar dalam aplikasi WhatsApp, seperti didakwa isterinya.

Bagaimanapun, Tauke, 42, mengaku rumah tangga yang dibina sejak lebih setahun lalu, sedang diuji.

Semalam, Nadia, 30, dilapor mengesahkan sudah berpisah apabila Tauke menceraikannya melalui kiriman rakaman suara, ketika dia berada di kampung, baru-baru ini.

Nadia mendakwa, keretakan rumah tangga mereka berpunca daripada ‘orang ketiga’ apabila Tauke dikatakan curang dengan seorang wanita dari seberang.

ARTIKEL MENARIK: Tauke Jambu Sudah Bercerai Dan Isteri Tauke Ceritakan Punca Kenapa Dan Bagaimana Dia Diceraikan


“Tak betul, saya tidak melafazkan talak terhadap isteri.

“Apabila sedang marah, macam-macam tuduhan dilemparkan, tetapi sebagai suami, saya kena sabar.
“Saya ingat apabila menghantar isteri pulang ke kampung boleh memberi tumpuan pada Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM2018), tetapi nampaknya pergaduhan lebih teruk.
“Saya anggap ini asam garam dalam berumah tangga. Bagi saya ruang untuk menyelesaikannya, tetapi buat masa ini, saya sangat sibuk dengan MLM2018,” katanya ketika dihubungi BH Online di sini, hari ini.
Mengulas dakwaan kononnya dia menjalin hubungan dengan wanita seberang, Tauke berkata, dia bertemu dengan macam-macam orang atas urusan kerja.

“Macam-macam orang selfie dengan saya. Nadia ingat dia berkahwin dengan orang kerja kilang ke?

“Saya pelik kenapa orang perempuan suka mengadu dalam laman sosial daripada mengadu dengan Tuhan? Masalah dalaman rumah tangga tidak perlulah dikibarkan dengan khalayak.
“Saya anggap isteri saya belum cukup matang. Dia tidak boleh berfikir baik buruk tindakannya,” katanya.
Tauke atau nama sebenarnya, Zamatul Amri Zakaria berkata, dia melihat ada unsur-unsur sabotaj setiap kali terbabit dalam pertandingan besar seperti MLM atau Super Spontan.
“Ada orang menggunakan isteri saya untuk membuatkan saya hilang fokus dan tertekan. Saya perhatikan isteri akan meroyan teruk setiap kali saya menyertai pertandingan besar.


“Ini berlaku sejak zaman Jambu dan kami belum berkahwin lagi.

“Saya tengok Nadia seperti kena sampuk apabila saya terbabit dengan pertandingan. Dia suka buat hati saya panas dan mencetuskan pergaduhan.
“Kami pernah bergaduh hingga pecah telefon bimbit sebelum saya naik pentas. Macam mana saya mahu memberi tumpuan dan membuat orang ketawa dengan lawak jenaka apabila baru bergaduh?
“Selepas selesai pertandingan, hubungan kami elok, tidak pula bergaduh,” katanya.
Tauke berkata, dia tahu itu bukan sikap sebenar isterinya.
“Saya bukanlah nak percaya benda mistik tetapi itulah yang berlalu sejak belum berkahwin lagi. Ada juga yang menjadi batu api dan menghasut isteri.
“Kali ini, hubungan saya dan Nadia panas sejak minggu pertama dalam MLM2018. Saya tidak mahu menuduh sesiapa, tetapi saya percaya ini kerja manusia yang sakit hati melihat kejayaan orang lain,” katanya.
Tauke dan Nadia berkahwin pada 9 Disember 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Zamatul Khayla Aydina yang lahir pada 26 Oktober tahun lalu.
Sumber Artikel : BHARIAN ONLINE via KLViral

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post