Kerana Jari Tidak Boleh Kawal, Netizen Menyerang Dia Dari Tempat Kerja Dan Ini Jawapan Syarikat Tersebut
Kerana Jari Tidak Boleh Kawal, Netizen Menyerang Dia Dari Tempat Kerja Dan Ini Jawapan Syarikat Tersebut |
Kenapa ada orang yang jenis tak boleh kawal jari dan perasaan bila di media sosial? Ini bukan sekali tetapi sudah beberapa kali terjadi dan bila apa yang ditulis dalam bentuk penghinaan itu tular dan ramai yang mengecam baru rasa menyesal.
Satu artikel lama muncul kembali semalam tentang penhinaan seorang wanita kepada Sultan Muhammad V, April tahun lalu yang ketika itu masih memegang jawatan YDPA.
ARTIKEL MENARIK: Video Kenangan Yang Paling Manis Ketika Sultan Muhammad V Menjadi Agong. Kenangan Ini Yang Paling Diingati Rakyat Malaysia
Suri rumah dipenjara 8 bulan hina YDPA
Seorang suri rumah dihukum penjara lapan bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menghina YDPA, Sultan Muhammad V, April tahun lalu.
Hakim Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhkan hukuman itu ke atas Shamsiah Samsuddin, 44, yang mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.
Mengikut pertuduhan, suri rumah itu didakwa melalui Facebook Tengku Cik Puan Muda Shamsiah, menghantar komunikasi palsu dengan niat menyakitkan hati orang lain, pada jam 5.31 petang 25 April 2017.
Kenyataan itu didakwa dibaca pada 26 April 2017 di Pejabat Sentosa Jaya, Jalan Padang Bongor, Pengkalan Chepa di sini, jam 2.11 petang.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya dan denda RM1,000 bagi kesalahan berulang.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hajarul Falenna Abu Bakar, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Terdahulu, tertuduh memohon mahkamah mengurangkan hukuman dengan alasan anaknya masih bersekolah.
Bagaimanapun, Hajarul Falenna meminta hukuman setimpal dikenakan memandangkan orang dinyatakan dalam Facebook terbabit adalah Yang di-Pertuan A gong.
Masih Ada Lagi Yang Tak Belajar Melalui Kesilapan Orang Lain
Semalam kita dikejutkan dengan perletakkan jawatan YDPA Sultan Muhammad V serta merta. Berita ini memang mengejutkan seluruh rakyat Malaysia. Dalam kesedihan yang melanda rakyat Malaysia masih ada lagi yang tidak reti jaga adab tutur kata / tutur jari ketika meninggalkan komen.
Tindakan Eric Liew menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia dan ramai tahu jangan main main dengan netizen Malaysia sebab jika anda buat silap sekali dan tidak menghormati negara Malaysia tercinta, mereka akan korek sampai lubang cacing.
Ini terbukti apabila seorang wanita iaitu pekerja Honda Malaysia dibuang kerja setelah syarikat dia bekerja ditekan oleh netizen selepas dia meninggalkan komen kurang ajar terhadap arw4h anggota bomba Adib baru baru ini.
Terus Hantar Aduan Ke Tempat Kerja
Netizen mula mulakan langkah meninggalkan komen di dalam laman Facebook syarikat tersebut dan meletakkan review page 1 bintang sahaja. Ini untuk memberitahu syarikat tersebut bahawa perkara yang dibuat oleh pekerja mereka amat serius.
Respond Tempat Kerja Dia ..
Hi everyone, this issue has been brought to our attention and we have passed the message on to the Malaysian team. We will be investigating this matter and will take appropriate action.
Jadi berhati hati lah lepas ni yer.. peringatan untuk semua orang.
Artikel By: KL Viral
Post a Comment