Kenapa Perlu Boikot Thailand? Lelaki Ini Ceritakan Segalanya Berita Terkini Tentang Rakyat Malaysia Yang Telah Ditahan Di Krabi

Kenapa Perlu Boikot Thailand? Lelaki Ini Ceritakan Segalanya Berita Terkini Tentang Rakyat Malaysia Yang Telah Ditahan Di Krabi

Kenapa Perlu Boikot Thailand? Lelaki Ini Ceritakan Segalanya Berita Terkini Tentang Rakyat Malaysia Yang Telah Ditahan Di Krabi

Kenapa Perlu Boikot Thailand? Lelaki Ini Ceritakan Segalanya Berita Terkini Tentang Rakyat Malaysia Yang Telah Ditahan Di Krabi
Kenapa Perlu Boikot Thailand? Lelaki Ini Ceritakan Segalanya Berita Terkini Tentang Rakyat Malaysia Yang Telah Ditahan Di Krabi

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia yang terkandas di Krabi, Thailand, selepas terbabit kemalangan, Abd Wahab Yahaya, 56, dibenarkan pulang sementara ke Malaysia oleh Mahkamah Krabi.

ARTIKEL MENARIK: Perkara Ini Mesti Disebarkan Biar Pekerja KFC Bernama Zura Ini Tahu Kelakuannya


Anaknya, Hasanah Abd Wahab, 34, berkata permohonan ayahnya untuk pulang sementara ke Malaysia diluluskan selepas mendapat sokongan daripada kerajaan Malaysia.
“Ayah dibenarkan pulang kerana faktor kesihatan dan perlu menerima rawatan susulan yang diperlukan di Malaysia.
“Bagaimanapun, ayah perlu kembali ke Krabi untuk perbicaraan yang masih belum ditetapkan oleh pihak mahkamah Krabi,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Hasanah berkata, kes berhubung kemalangan ayahnya masih belum selesai dan geran tanah milik Haji Ismail masih berada bersama pihak mahkamah sehingga kes selesai.
Haji Ismail adalah warga Thailand yang sanggup mencagarkan geran tanahnya bagi membolehkan Abd Wahab diikat jamin.
Keluarga Abd Wahab hanya mengenali Haji Ismail pada 18 Disember lalu, malam sebelum kejadian ketika menjamu selera di restoran milik warga Thailand itu.
“Ayah akan pulang ke Malaysia pada 10 Januari ini dan akan kembali ke Krabi selepas selesai menerima rawatan,” katanya.
Sebelum ini, NSTP melaporkan Abd Wahab terkandas di Krabi, Thailand selepas motosikal ditunggangnya bersama isteri terbabit dalam kemalangan ketika bercuti di pusat peranginan berkenaan hingga menyebabkan seorang pejalan kaki warga Thailand maut.
Akibat kemalangan itu, beliau cedera di bahagian mulut dan perlu menjalani pembedahan untuk membuka jahitan dan skru di tulang pipinya, manakala isterinya mengalami gegaran kecil di kepala.
Malah, keluarga mangsa menuntut pampasan berjumlah RM200,000 sebagai ganti rugi atas kemalangan itu.
Abd Wahab perlu menghadapi proses perbicaraan di mahkamah dan berdepan kesukaran untuk meninggalkan negara jiran itu.


“KENAPA PERLU BAIKOT THAILAND 🇹🇭

Assalamualaikum & 🙏🏻 Sawaddikrap…
Bagi rakyat Malaysia yg mengikuti perkembangan semasa Pak Wahab berkenaan kes kemalangan yg menglibat kamatian di Aonang Beach, Krabi.
Sy ingin melaporkan info terbaru keadaan semasa kes yg menimpa kepada Pak wahab di Krabi, sy tahu ramai rakyat Malaysia bertanyakan apakah yg terjadi kepada Pak Wahab kan..! terutama sekali rakyat Malaysia yg menyumbang dana tabung kutipan utk meringankan beban yg ditanggung oleh Pak wahab n family. Kepada penyumbang2 dana bantuan kepada Pak wahab sy dari wakil dari pihak family Pak Wahab mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua terhadap keperihatinan anda semua, hanya Allah sahaja yg membalas budi baik tuan2 & puan2 sekalian.
Ok ni cerita dia, Alhamdulillah..!! Disini sy nak bagi tahu tiada sebaik baik pertolongan melainkan pertolongan yg paling berkuasa daripada Allah S.W.T, sesiapa pon x boleh menduga dan x boleh menghalang jikalau tidak di izinkannya..
Semenjak kejadian kemalangan yg menimpa Pak wahab di krabi, ramai netizen2 di luar sana mentafsirkan kemalangan ni adalah kemalangan yg tidak diduga pada sesiapapun, yala sapa mahu jadi mcm ni kan..dengan keadaan Pak wahab yg sudah berumur hujung 50 an mana mungkin Pak Wabah bawak motor terlalu laju sampai terlanggar org sehinggakan menyebabkan kematian. Tapi klu dah kuasa Allah apa boleh buat, kalau bawak moto perlahan pon mati jugak.
So cerita disini sekarang, ramai orang2 tempatan di Krabi Thailand yg banyak membantu Pak Wahab & menjaga beliau sebaik mungkin sehingga sanggup yg mengadaikan gran tanah, bagi penginapan resort percuma di aonang dan lain2 bantuan sepanjang kes perbicaraan Pak Wahab sehingga kes ni selesai. Diorang ni semua tolong tidak meminta sebarang balasan pon daripada pihak keluarga pak wahab atau orang lain diorang betul2 iklas nk tolong pak wahab yg lain berserah pada Allah yg menentukan..So hangpa semua boleh tengok sendiri betapa baik n mulianya orang2 disini termasuk org muslim n non muslim pon turut membantu terlibat dlm kes Pak Wahab..tu pon pon hangpa duk kata nak “Baikot Thailand” .
Klu hangpa semua duk kalot nk Baikot Thailand, hangpa semua silap..sbb beras2 yg kita duk mkn sebahagian besar yg duk supply ke malaysia adalah beras daripada Thailand. Kalau Thailand stop supply beras ke malaysia pakai kita semua mkn beras plastik la yg duk kena tipu tu baru ada akai..maaf kasar sikit kalau x kasar x paham..tuu jaa..lin kali fikir dahulu sebelum menimbulkan isu hasutan terhadap org lain utk Baikot Thailand.
Ok, berbalik pada cerita pak wahab..dia akan di bicarakan di mahkamah pada 4/1/19 jumaat(esok) di mahkamah Krabi. Pihak guaman, police tourist & konsul general malaysia akan turut serta utk membantu kes pak wahab ni.
Mengikutkan keadaan kecederaan fizikal pak wahab hanya berlaku pada bahagian muka sahaja dan tiada sebarang calar di bahagian badan. Dan dibahagian muka pak wahab ialah patah tulang hidung, tulang pipi dan patah tulang rahang di bahagian sebelah kanan pak wahab..berkemungkinan kes ni ada pihak ketiga yg merancang utk mengambil kesempatan terhadap pak wahab..
jadi kita rakyat malaysia yg mengikuti perkembangan pak wahab harus mendoakan akan kebaikan pak wahab n family dalam keadaan selamat n dipermudahkan..
Kita sebagai rakyat Malaysia harus menjaga emosi kita sebaik mungkin jangan terlalu ikutkan hawa nafsu yg boleh menaikan kemarahan org lain..
Minta semua pakat2 share sebanyak mungkin supaya penderma2 tabung kutipan ni wajib mengetahui perkembangan pak wahab ni diorang berhak utk tahu kes yg berlaku kepada pak wahab..sbb kes ni sudah melibat kan 2 negara jiran yg baik..so kita x nak ada yg bunyi Baikot2 ni semua..x ada mendatangkan hasil yg baik pon buat kita semua..harap2 semua dapat berfikir sebaik mungkin sebelum bertindak..sekian..😊
Reporter semasa: Yeid Farid (Agent Travel Thaimalay)



Sebelah kiri ni adalah Hj,Ismail owner restaurant madina makanan muslim di area aonang beach. Dia ni lah orang yg sanggup gadai gran tanah kepada jaminan pak wahab.
Paksu Haji Aziz..menolong menerangkan apa yg perlu di lakukan utk hari perbicaraan pada esok di krabi..
Perjumpaan n mencerita tentang kes kemalangan pak wahab di rumah Tok Iman (Paksu Haji Aziz) di aonang.
Bawak pak wahab mkn bubur kedai ni ja ada bubur nasi di bandar krabi..sbb mulut dia x boleh bukak sbb grip dengan getah dan besi..juat hirup sahaja guna straw..
Pak wahab bersama ank lelaki beliau n En, Aladin (berbaju kelabu) yg sanggup menghulurkan bantuan sebagai translater utk setiap gerak kerja pak wahab di krabi.

Sumber : Yeid Farid via KLViral
-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post