TERKESAN dengan berita keadaan terkini Ebby Yus yang menderita akibat komplikasi jantung dan buat pinggang, pelawak Ajak (Shiro) memberitahu sedang dalam usaha mengumpulkan dana bagi membantu meringkan beban pelakon senior itu.
Ebby Yus Sendiri Tak Sangka Dengan Apa Ajak Shiro Buat.. |
Ajak atau Mohamad Hanafi Razak, 33, berkata, dia juga sudah mengutarakan idea itu kepada rakan pelawak yang lain dan rata-rata bermurah hati untuk menyumbang.
“Ebby Yus bukan sahaja seorang pelakon dan pelawak berbakat besar malah sudah kami anggap sebagai mentor yang banyak memberi tunjuk ajar kepada kami generasi baru.
ARTIKEL MENARIK: Sebak! Baem Menangis Sedih, Bila Tahu Qayyum Kembali Ke Pangkuan Keluarga Kandung
“Apabila mendapat tahu tentang keadaannya terus kami terpanggil untuk membantu maka timbul idea untuk mengumpul dana daripada rakan-rakan seperjuangan dalam bidang komedi.
“Kami mungkin tidak ramai tetapi Insya Allah apabila kami bersatu hati ia pasti dipermudahkan,” katanya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Ajak turut memberitahu dia juga akan menyumbangkan sebahagian wang kemenangannya menerusi pertandingan Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM 2018) minggu lalu untuk disalurkan kepada Ebby.
Malah kata Ajak, dia juga terharu apabila rakan-rakan seperjuangan dalam MLM2018 seperti Taman, Zero dan Bocey turut berniat melakukan perkara sama.
Pada pertandingan itu, Ajak bersama Shahrol menjuarai pertandingan itu dan membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000 berserta trofi.
Baru-baru ini, media melaporkan Ebby atau Muhammad Yunus Abdul Rashid, 55, sudah setahun tidak bekerja akibat jantungnya kembali lemah selain masalah buah pinggang bocor.
Untuk rekod, Ebby pernah menjalani pembedahan pintasan jantung pada 1998 selain dimasukkan ke hospital sekitar 2015 dan 2017 akibat masalah sama.
Sumber Artikel : mstar online
Edited By KLVIRAL
loading...
Isteri buat luahan hati, dedah sikap sebenar Ajak Shiro
KUALA LUMPUR: Isteri kepada pelawak terkenal Ajak Shiro, Afifah telah membuat luahan hati tentang sikap sebenar suaminya ketika menghabiskan waktu bersama keluarga.
Perkara itu didedahkan sendiri oleh Afifah melalui akaun instagramnya pada Selasa dengan memuat naik sekeping foto menunjukkan Ajak sedang menjamu selera sambil memangku dan menyusukan anak bongsunya, Nada Soffea.
Foto tersebut disertakan dengan coretan menyentuh hati:
“Nie citer semalam, susah nak tengok 2 tangan itu kosong tanpa anak disisi.
“Sebelum nie semua orang tanya,apa yang paling sweet baba buat.tapi selalu xde jawapan sebab xtahu apa yang sweet tentang baba.setelah diamati dan diteliti,ku sedar segala tentang baba adalah sweet.
“Kalau baba ada di rumah semua urusan anak dia nak buat..mandikan, bagi susu,pakaikan baju,tidurkan dan semua berkaitan rumahtangga.pendek kata,baba tapaw semua kerja2 ibu di rumah..Bila dia duduk berehat pun dia akan panggil semua untuk peluk dia sambil menonton televisyen,so ibu akan tutup api masak,berhenti basuh pinggan dan lain2 untuk join baba.
“Bila orang tanya,baba romantik sama macam cerita Isteriku Bukan Tukang Masak tak?jawapannya..baba lebih daripada itu.
“Romantiknya bukan pada kata2 sangat tetapi sentuhan kasih sayang yang melimpah-ruah…terima kasih Allah kerana ciptakan ku dari rusuk kiri insan penyayang ini.” tulisnya.
Penulisan Afifah itu jelas menunjukkan betapa dalamnya cinta Ajak terhadap dirinya dan jugak anak-anak mereka.
Malah, Afifah juga menyatakan perasaan syukur kerana dikurniakan seorang suami yang penyayang dan bertanggungjawab.
Sementara itu, ruangan komen foto tersebut dipenuhi dengan ucapan-ucapan sweet peminat Ajak yang mendoakan kebahagiaanya mereka sekeluarga
Sumber : Astro Awani
Post a Comment