Dua Beradik Selongkar Sampah Pakai Baju Sekolah Akhirnya Ditemui Dan Ini Kisah Sebenar Mereka
Dua Beradik Selongkar Sampah Pakai Baju Sekolah Akhirnya Ditemui Dan Ini Kisah Sebenar Mereka |
Baru baru ini tular di media sosial 2 beradik yang lengkap dengan pakaian sekolah sedang mencari barang barangan terpakai untuk dijual sebelum mereka pergi ke sekolah.
Apabila ditanya, mereka beritahu hendak mencari sedikit duit belanja sekolah. Kisah mereka menjadi tular tidak sampai 1 hari akan tetapi kerana ceritanya tidak lengkap agak sukar untuk mencari siapa sebenarnya mereka.
ARTIKEL MENARIK: Sultan Agung Melayu Hanya Membazirkan Wang Cukai Yang Kami Bayar – (Sandy Ooi)
Sehingga lah salah seorang hamba Allah YB Azmizam Zaman Huri bersama sukarelawan Team Muafakat Klang tekad untuk mencari mereka.
Kisah ini berlaku pada pukul 4.30pagi, 11hb Januari 2019 di kawasan Pasar Pelabuhan Klang.
Susulan viral di media sosial tentang “Dua beradik menyelongkar sampah di Pasar Pelabuhan Klang memakai pakaian sekolah” , YB Azmizam Zaman Huri bersama sukarelawan Team Muafakat Klang mengambil inisiatif untuk mencari keluarga adik beradik tersebut seawal jam 4.30 pagi kerana tidak mendapat maklumat yang lengkap bagi menghulurkan sedikit bantuan dan sumbangan.
Alhamdulillah. Pihak kami dapat berjumpa dengan keluarga tersebut hasil maklumat yang diperolehi daripada pengunjung dan pekerja di pasar Pelabuhan Klang.
Pasangan ibu bapa adik-beradik tersebut merupakan pelarian Rohingya yang mendapat perlindungan daripada UN. Bapa mereka merupakan pembantu disalah sebuah kedai menjual sayur di pasar tersebut dengan mendapat upah sebanyak RM50 sehari. Di samping itu, mereka juga mencari barangan lusuh untuk dijual bagi menampung perbelanjaan seharian keluarga.
Manakala sewa dan bayaran utiliti rumah yang mereka diami sekarang dibayar oleh majikan bapa anak-anak tersebut.
Memandangkan mereka ini warga asing, tetapi atas dasar kemanusiaan, Pusat Khidmat Rakyat N46 DUN Pelabuhan Klang akan mencari jalan untuk membantu keluarga tersebut bagi meringankan kos perbelanjaan persekolahan anak-anak mereka.
Jika orang ramai ingin menyumbang, boleh hubungi keluarga mereka di talian 011-25481224 .
Kredit: Pusat Khidmat Rakyat N46 DUN Pelabuhan Klang
Notakaki: Tahniah diucapkan kepada rakyat Malaysia kerana tularkan kisah mereka, tidak kisah mereka berasal dari mana kerana mereka juga manusia. Ada yang mempertikaikan gaji ayah mereka cukup tetapi adakah betul cukup dengan keadaan ekonomi sekarang. Jika cukup takkan anak anak mereka sanggup bangun masa gelap gelita geledah sampah. Mana nak menyumbang sila hubungi number tertera. Moga keluarga ini dipermudahkan. Insyallah.
Kredit : KLViral
Post a Comment