Dato Seri Vida Hadapi Musibah Di Ipoh. Semoga Dipermudahkan Segala Urusan DSV
Dato Seri Vida Hadapi Musibah Di Ipoh. Semoga Dipermudahkan Segala Urusan DSV |
IPOH: Jutawan kosmetik Datuk Seri Dr Hasmiza Othman mengalami kerugian kira-kira RM100,000 apabila produk jualannya mengalami kerosakan setelah khemah di gudang penyimpanan barang di Jelapang 2 di sini, roboh akibat ribut yang melanda pada Ahad.
Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida berkata semasa kejadian berlaku kira-kira pukul 4 petang, 10 orang pekerja yang berada di khemah tersebut sedang membuat kerja manakala beliau dalam perjalanan ke gudang tersebut.
ARTIKEL MENARIK: ‘Guru Jangan Sibuk Nak Berniaga, Jadi Kontraktor’
“Semalam hujan lebat dan tiba-tiba angin kuat sehinggakan khemah di gudang roboh dan menghempap barang jualan.
“Pekerja saya yang berada di khemah sempat menyelamatkan diri, namun barang yang banyak di khemah seperti skincare, produk minuman, tidak dapat diselamatkan dan rosak,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Isnin.
Katanya, beberapa cermin serta bumbung di gudang yang telah beroperasi setahun lebih itu turut mengalami kerosakan kerana terkena besi khemah berkenaan.
Beliau berkata angin kuat selalu berlaku di kawasan tersebut, namun kejadian seperti itu adalah yang pertama dan beliau menganggap ia adalah ujian daripada Allah.
“Walaupun kejadian itu berlaku pelanggan tetap memberi sokongan dan datang ke gudang membeli produk saya,” katanya.
Menurut Datuk Seri Vida, produk jualan yang diletakkan di khemah tersebut adalah untuk promosi jualan murah yang dibuat selama tiga hari sejak Jumaat lepas.
Hujan lebat pukul 3.30 petang semalam menyebabkan kira-kira 20 rumah di Gugusan Manjoi di sini, mengalami kerosakan teruk dan ada penduduk yang terpaksa dipindahkan sementara ke surau Kampung Kolam.
Kejadian ribut juga melanda di kawasan Bagan Serai dengan enam rumah di Kampung Pusat Penempatan Masyarakat Setempat (PPMS) Bukit Merah mengalami kerosakan teruk, manakala 10 lagi rosak di bahagian bumbung.
Ribut..Taufan..
Angin Kencang..
Roboh Khemah..
Mujur tak teruk..
Hempap & pecahkan
Barang barang..
Bangunan kena sikit..
Sokongan tak berbelah bagi..
Pengguna Pamoga…
1 family datang..
Beli beli barang…
.
.
Walaupun..beranTakan..
Ribut taufan..
.
.
Saper yg masih setia ..
Sokong saya?
.
.
Komen
Ye
Sumber : MSTAR ONLINE via KLViral
Post a Comment