Cybertrooper RBA DAP kena tahan sebab hina raja?

Cybertrooper RBA DAP kena tahan sebab hina raja?

Cybertrooper RBA DAP kena tahan sebab hina raja?

Cybertrooper RBA DAP kena tahan sebab hina raja?
Cybertrooper RBA DAP kena tahan sebab hina raja?

SEJAK beberapa hari lepas tersebar gambar seorang lelaki mempunyai tatoo di badannya, yang katanya merupakan seorang cybertrooper RBA, DAP ditahan kerana menghina institusi raja.

ARTIKEL MENARIK: Pekerja kena tampar punca pemilik sebenar kedai mamak Ameer Corner terbongkar




berita palsu




Pada mulanya aku tak peduli pun penyebaran gambar itu, aku tahu itu berita palsu disebarkan oleh machai-machai politik.

Tapi bila dibiarkan aku nampak gambar berkenaan semakin rancak disebarkan sampai menjadi viral di WhatsApp dan Telegram.

Aku pun buat carian menggunakan Google Image, bagi mengesan dari mana sebenarnya gambar itu dikutip untuk mencipta berita palsu ini.

Hasil carian, aku dapati berita palsu itu mula disebarkan dalam Group Facebook, Kelab Penyokong Presiden PAS oleh pemilik akaun bernama Mohd Afiq Zulkifli yang menggunakan tulisan jawi bagi ejaan namanya.

Berita palsu

Manakala gambar yang disebarkan itu pula, sebenarnya gambar lama bertarikh 13 Jun 2017 dikutip dari laman web Indonesia, Posmetro Padang di bawah laporan bertajuk "Mahasiswa dirampok dalam travel," (Mahasiswa kena rompak ketika melancong).

berita palsu

Sumber — MiloSuam

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post