Cameron Highlands langkah pertama BN kembali berkuasa – Khaled Nordin

Cameron Highlands langkah pertama BN kembali berkuasa – Khaled Nordin

Cameron Highlands langkah pertama BN kembali berkuasa – Khaled Nordin

Cameron Highlands langkah pertama BN kembali berkuasa – Khaled Nordin
Cameron Highlands langkah pertama BN kembali berkuasa – Khaled Nordin

KUALA LUMPUR – Kemenangan calon Barisan Nasional (BN) di Cameron Highlands merupakan langkah pertama untuknya kembali berkuasa selain petanda bahawa ia telah mula berjaya
mengurus kekalahannya sebelum ini.


ARTIKEL MENARIK: (6 Gambar) Menghembuskan Nafas Terakhir Semasa Mengaji Al-Quran Ketika Tunggu Solat Jumaat


Ia juga membuktikan bahawa UMNO dan BN tidak mati, punah dan hancur seperti dakwaan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) malam tadi turut membuktikan bahawa rakyat tidak menafikan jasa, prestasi dan
rekod khidmat UMNO dan BN kepada mereka selama 60 tahun lepas.

“Momentum ini akan terus kita gandakan.

“Kemenangan BN juga adalah petanda bahawa BN telah mula berjaya mengurus kekalahannya sebelum ini. BN kini mendapat rentak,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, calon PH, M Manogaran tewas buat kali ketiga kepada calon Barisan Nasional (BN) Ramli Mohd Noor dengan majoriti 3,238 undi.

loading...

Ramli mendapat mendapat 12,038 undi, mengalahkan Manogaran yang menperoleh 8,800 undi.

Dua calon bebas, Sallehuddin Ab Talib yang memakai simbol buku mendapat 314 undi, manakala Wong Seng Yee yang menggunakan simbol cangkul hanya meraih 276 undi.

Tambah beliau, BN tidak lagi canggung atau terbelenggu dengan kesukaran menjadi pembangkang.

Malah, menurutnya, BN sudah mula menunjukkan wibawanya dalam menjadi aktor semak dan imbang yang berkesan.

“Pastinya dengan rejim kakistokrat yang Kabinetnya terdiri daripada mereka yang langsung tiada pengalaman dan wibawa dalam tadbir urus yang cekap dan maju, tugas dan tanggungjawab BN sebagai pembangkang menjadi lebih menarik dan mudah,” jelasnya.

Bagaimanapun, menurut Mohamed Khaled, apa yang lebih manis dan bermakna ialah sokongan padu Pas kepada BN.

Menurutnya, Pas telah menjadi rakan strategik UMNO yang penting dan sudah pasti ia tidak disenangi oleh parti Kerajaan yang tidak mahukan orang Melayu dan parti-parti pembangkang bersatu serta bekerjasama.

Mohamed Khaled berkata, kesepakatan UMNO dan Pas, jika terus disubur dan digembelengkan dengan rapi akan mewujudkan gelombang kebangkitan Melayu Islam yang besar, penting dan mampu melenyapkan PH.

“Lebih-lebih lagi apabila orang Melayu dan Bumiputera sedar bahawa, dalam PH suara orang Melayu dan Bumiputera adalah suara kecil, minoriti dan sering tidak dipedulikan.

“Seperti DAP yang menggunakan gelombang penentangan masyarakat Cina untuk merubah landskap politik Malaysia, kerjasama UMNO dan Pas, dalam PRU15 nanti akan menghasilkan gerak gempa dan tsunami Melayu yang berkali-kali ganda lebih
hebat dari ‘the Chinese tsunami’ dalam PRU14 yang lalu,” katanya. – MalaysiaGazette



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post