‘Block’ Akaun Kumpulan Kristal Di Media Sosial, Ini Jawapan Lan Solo

‘Block’ Akaun Kumpulan Kristal Di Media Sosial, Ini Jawapan Lan Solo

‘Block’ Akaun Kumpulan Kristal Di Media Sosial, Ini Jawapan Lan Solo

‘Block’ Akaun Kumpulan Kristal Di Media Sosial, Ini Jawapan Lan Solo
‘Block’ Akaun Kumpulan Kristal Di Media Sosial, Ini Jawapan Lan Solo

Gitaris kumpulan Kristal, Rody mengakui tidak pernah berhubung atau berjumpa dengan penyanyi Lan Solo selepas masing-masing memilih untuk meneruskan perjalanan seni sendiri.

Menurut Rody, dia tidak mengetahui mengenai perkembangan terkini Lan kerana akaun media sosial miliknya telah disekat (block) oleh penyanyi itu.

ARTIKEL MENARIK: Haneesya Hanee Ditarik Balik Gelaran Juara Dan Pertama Kali Dalam Sejarah Dewi Remaja Tidak Akan Ada Juara Dan Ini Sebabnya


“Sejak Lan tidak lagi bersama sebagai Kristal, kami sudah tidak lagi berhubung ataupun berjumpa.
“Malah Lan juga telah ‘block’ kami anggota yang lain di media sosial terutamanya di Instagram.
“Jadi kami tidak mengetahui mengenai perkembangan terkini dia dan apa aktiviti yang dilakukan oleh Lan.
“Faham sahajalah kalau dia bertindak begitu. Saya boleh ibaratkan ia sebagai pasangan kekasih yang sudah putus cinta,” katanya kepada Gempak.
Rody berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Live Showcase 30 tahun XPDC di Restoran DSaji Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur, pada Rabu.
Orang ramai yang ingin menyaksikan Live Showcase 30 tahun XPDC boleh dapatkan tiket bermula RM 80 hingga Rm 130.
Live Showcase 30 tahun XPDC akan diadakan pada 9 Februari ini di Restoran DSaji Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. – (Sumber: Gempak)

Sekat Akaun Media Kumpulan Kristal, Ini Jawapan Lan Solo

GITARIS kumpulan Kristal, Rody mendedahkan dia tidak pernah berhubung atau berjumpa dengan penyanyi Lan Solo selepas masing-masing memilih untuk meneruskan perjalanan seni sendiri.

Malah dakwa Rody, dia tidak mengetahui mengenai perkembangan terkini Lan kerana akaun media sosial miliknya telah disekat oleh penyanyi itu.
Mengulas kenyataan daripada Rody itu, Lan yang ditemui ketika sidang media Konsert Retro di Istana Budaya semalam, mengakui dia telah menyekat kesemua akaun media sosial kumpulan Kristal.
Jelas Lan, tindakan itu dilakukan sudah lama iaitu sejak minggu kelima program Gegar Vaganza musim keempat (GV4) yang disertainya.
Alasannya, dia tidak mahu tumpuannya terganggu dengan perkara-perkara negatif.
“Saya buat macam tu bukan sebab marah tetapi adalah kecewa sedikit. Lagipun ketika itu saya mahu fokus kepada persembahan dalam GV4. Saya tak mahu ada anasir negatif ganggu tumpuan saya.
“Tapi saya cuma sekat IG (Instagram) individu sahaja dan bukannya IG band,” jelasnya.
Dalam masa yang sama, Lan tidak mahu perkara ini diperbesar dan dipanjangkan.
Sebelum ini pun dia tidak pernah mengeluarkan kenyataan dirinya sudah berbaik dengan anggota Kristal. –(Sumber : KLICK.MY)

loading...

Imbau Kenangan 20 Tahun, Lan Solo Kembali Semula Bersama Anggota Asal Kristal

Penyanyi Lan Solo akan kembali semula bersama dengan bekas anggota asal kumpulan Kristal dalam persembahan Lan Solo Next Level Showcase.
Menurut Lan, dia mahu mengimbau kenangan yang pernah dilalui selama 20 tahun bersama Kristal dalam showcase tersebut.
“Alhamdulillah, selepas 20 tahun berada dalam industri muzik saya dapat mengadakan showcase ini sebagai hadiah kepada para peminat.
“Bagi saya, setiap penyanyi sudah pasti ada cita-cita yang besar untuk mengadakan showcase dan itu adalah hala tuju yang saya harapkan selama ini.
“Saya akan kembali bersama semula dengan anggota asal kumpulan Kristal pada showcase ini dan ia merupakan sesuatu yang istimewa bagi saya.
“Antara anggota asal yang akan bersama saya ialah Ainol, Ezal, Joe, Ejan dan Amai. Saya juga akan menjemput beberapa artis undangan lain yang pernah berduet sebelum ini pada showcase terbabit,” katanya kepada Gempak.
Lan berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Lan Solo Next Level Showcase di Sari Ratu Prima, Subang Jaya, pada Rabu.
Lan Solo Next Level Showcase akan diadakan pada 2 Mac 2019 di Malaysia Tourism Centre (MaTiC), Kuala Lumpur.
Orang ramai yang mahu menyaksikan showcase ini boleh mendapatkan tiket yang mula dijual pada harga RM 88 hingga RM 149 di talian 01116996610 dan ikuti Facebook Lan Solo untuk maklumat lanjut 
Kredit : KLViral

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post