“Anggaplah Isteri Bukan Sebagai Maid Tapi Soulmate Kita.” – Edika Yusuf

“Anggaplah Isteri Bukan Sebagai Maid Tapi Soulmate Kita.” – Edika Yusuf

Suatu ketika dahulu, beliau sangat digilai oleh anak gadis. kemunculannya baik dalam bidang peragaan mahupun lakonan dinantikan.

“Anggaplah Isteri Bukan Sebagai Maid Tapi Soulmate Kita.” – Edika Yusuf
“Anggaplah Isteri Bukan Sebagai Maid Tapi Soulmate Kita.” – Edika Yusuf

Namun, kelibatnya hilang di halaman bidang seni tanpa dikesan. Edika Yusof dalam satu sesi temu ramah bersama Sinar fm berkongsi kisah hidup dan perasaannya menjaga isterinya yang sakit dan lumpuh selepas dua tahun mendirikan rumah tangga, kira-kira 12 tahun lalu.

ARTIKEL MENARIK: “Setahun setengah juga saya tak bekerja.” – Ebby Yus Menceritakan Keadaan Beliau Disamping Penyakit Yang Beliau Harungi Sejak 1998


Rata-rata mengkagumi beliau kerana sanggup berkorban menjaga isterinya yang sakit itu. Bahkan, dia juga enggan berkahwin lain, dan sanggup mengharungi susah payah bersama isterinya.

“Dua tahun lepas kahwin, isteri jatuh sakit dan lumpoh. Tak boleh cakap dan dengar. Banyak peristiwa memori yang dia lupa.

16.jpg


“Saya waktu itu tak stabil, keliru dan rasa kenapa ini berlaku pada saya. Membuatkan saya nak berkongsi dengan seseorang, jadi jalan yang saya cari adalah dengan berkongsi dengan Tuhan. Daripada situ saya dapat hidayah dan kekuatan untuk menempuh segala yang berlaku.

“Waktu itu saya memang sudah putus asa tetapi isteri saya bersungguh-sungguh dan tak give up. Daripada situ saya mendapat kekuatan. Malah saya tak anggap dia OKU atau yang l*mpuh malah saya anggap dia seperti manusia biasa yang sempurna.

“Kerana itu, isteri kadang-kadang tidak sedar yang dirinya lump+h kerana saya layan sama rata seperti beri kasih sayang, bercakap, bergaduh dan sebagainya. Jadi, saya create benda ni supaya dia dapat tahu yang dia ni normal

Ada yang tanya kenapa tak kahwin lagi satu. Tapi katanya kata kahwin lain bukan selesaikan masalah.

“Mungkin isteri kedua akan sakit juga. Jadi berapa banyak wheelchair yang perlu saya jaga. Ada yang satu ni pun Alhamdulillah dan ini adalah cabaran yang Tuhan berikan untuk saya dan saya terima dengan hati terbuka.

“Isteri juga pernah beritahu , kalau nak kahwin lagi saya dia benarkan. Tetapi saya sendiri tak mahu. Sebab saya berfikir satu hati nanti kalau dia undur diri, saya pernah cakap saya ambil dia waktu dia boleh berdiri dan berjalan.

“Jadi kalau saya nak ‘pulangkan ‘ kembali pada ibu bapanya, saya mahukan dia dalam keadaan yang sama.

“Daripada situ isteri faham yang saya tiada keinginan untuk berkahwin lain atau menambah lain kerana sudah cukup yang ada ini sudah sempurna di hati saya dan saya suka dengan apa yang saya buat.

17.jpg
sumber gambar: Majalah Nona

Pesanan Edika Yusuf kepada para suami di luar sana, dia menyarankan supaya sama-sama susah dan senang.


loading...

“Anggaplah kita ni bila dah berkahwin kita dengan pasangan 50-50, sama susah sama senang. Kita tanggung semuanya bersama. Janganlah bagi beba kepada isteri sahaja sebab kita ni ketua keluarga.

“Jangan anggap isteri sebagai maid, tetapi anggaplah mereka sebagai soulmate kita. Dan nak buat apa pun buatlah bersama-sama, ibarat berat sama dipikul ringan sama dijinjing.

“Yang saya tak pernah berfikir untuk berkahwin lain atau menambah isteri sebab satu yang saya ada ini pun dah alhamdullilah cukup sempurna dan saya suka apa yang saya buat ” Itulah kata Edika Yusof yang telah menjaga isterinya yang lumpu# selama 12 tahun sehingga sekarang.

Sumber dari Sinar.FM via BLOGMAZEER.COM

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post