‘Anak-anak akan berdoa bertemu kami di syurga’ – Bapa
‘Anak-anak akan berdoa bertemu kami di syurga’ – Bapa |
“BIARPUN sedih, saya kena terima ketentuan ini dengan tabah. Insya-Allah anak-anak saya itu akan mendoakan untuk bertemu dengan kami di Syurga,” kata Zawawi Wahab, 42, selepas kesemua jenazah anaknya itu ditemui, hari ini.
Zawawi berkata, dia menerima berita berhubung tragedi yang berlaku ke atas ketiga-tiga anaknya itu kira-kira 7 malam semalam.
ARTIKEL MENARIK: Larangan Merokok Berkuatkuasa 1hb Jan 2019. Cara Mereka Mengira Jarak Selamat Rokok Mencuit Hati Netizen
“Saya dan isteri, Nur Syahida Abdullah, 35, sangat terkejut menerima berita sedih yang menimpa anak kami dan saya tidak putus berdoa supaya mereka ditemui selamat.
“Kali terakhir saya menemui mereka bertiga pada pagi kejadian ketika saya membawa mereka membeli buku pelajaran,” katanya.
Katanya, selepas menerima berita sedih itu, dia dan isterinya segera bertolak ke Dungun dan tiba di Dungun 1 pagi tadi.
“Ketika itu luluh hati saya dan isteri apabila mengenangkan kesemua anak saya pergi meninggalkan kami sekaligus dalam sekelip mata,” katanya.
“Alhamdulillah kesemua anak saya telah dijumpai dan biarpun tidak bernyawa sekurang-kurangnya saya dapat melihat mereka semua,” katanya.
Katanya, mereka sekeluarga baru sahaja pulang bercuti di Hatyai, Thailand, Sabtu lalu.
“Saya mengizinkan ketiga-tiga anak mengikut ibu saudara mereka, Suriani Abdullah, 41, serta beberapa ahli keluarga lain bercuti ke Dungun selepas dijemput kenalan di sana,” katanya.
“Saya dan isteri tak ikut kerana kepenatan serta terpaksa menyelesaikan beberapa urusan penting termasuk persekolahan anak-anak,” katanya.
Zawawi berkata, dia berterima kasih kepada semua pihak berkuasa termasuk penduduk kampung yang bertungkus membantu sehingga kesemua anaknya ditemui.
© copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COM
BLOGMAZEER.COM
Post a Comment