5 Petua Hilangkan Panau Secara Berkesan Tanpa Perlu Keluarkan Duit. Mudah & Jimat!
Gambar Sekadar Hiasan |
PANAU
‘Akak! Jangan teruih mandi. Nanti naik panau baru tau dok mandi time peluh peluh tu. Pi bagi kering peluh baru mandi.’
ARTIKEL MENARIK: Sewaktu Mengandungkan Anak Ketiga, Tanpa Diduga Pasangan Ini Baru Tahu Perkahwinan Mereka Tidak Sah. Ini Puncanya Dan Mereka Yang Nak Kahwin Perlu Ambil Tahu
Ayat momok cliche yang kita biasa dengar berpuluh t4hun lamanya. Kan?
Mitos ini adalah tidak benar sama sekali.
Sama macam mitos mandi malam akan dapat paru paru berair atau jangan mengendap, nanti naik ketumbit. Semuanya adalah tak betoi.
Panau adalah disebabkan oleh fungal bernama Malassezia ( baca : malas sey zia)
Bukan malas seyhhh ok.
Nama perubatan bagi panau adalah pytiriasis versicolor atau tinea versicolor. Panau adalah unik kerana sifat versicolor nya iaitu ianya akan menjadi tompok putih atau cerah pada orang yang berkulit gelap dan menjadi tompok gelap pada orang yang berkulit cerah.
Malassezia adalah jenis kulat yang biasa berada pada bahagian kulit yang terdapat banyak penghasilan minyak atau sebum. Ia boleh berlaku pada mana mana bahagian badan tapi selalunya terjadi di bahagian ketiak, dada, belakang badan, kulit kepala dan muka.
Siapa yang biasa akan dapat panau?
1. Orang yang jenis kulit berminyak
2. Orang yang rendah tahap imunnya
3. Orang yang banyak berpeluh
4. Orang yang tinggal di tempat yang panas.
5. Orang yang kurang zat makanan
6. Orang yang kerap mengambil ubat ubatan seperti steroids.
Disebabkan kulat ini tumbuh di kawasan lapisan luaran luaran kulit sahaja, maka ianya tidak boleh berjangkit.
Sesiapa sahaja boleh terkena panau tapi yang paling biasa adalah golongan remaja dan dewasa.
Bahaya ke panau ni?
Insha Allah tidak.
Ianya akan sembuh jika kita pandai menjaga kebersihan dan kesihatan.
Macam mana nak tahu kita dah terkena panau?
Biasanya doktor akan mengdiagnos seseorang itu ada panau hanya dengan pemerhatian ke atas tompok itu sahaja.
Boleh juga melakukan ujian ultraviolet dengan menggunakan ‘Woods lamp’ ke atas kulit yang berpanau. Jika warna yang tampil adalah fluorescent kuning hijau, ianya adalah panau.
Selain itu, ada juga doktor yang akan mengambil sampel kulit dengan cara kikisan atau cellotape untuk pemeriksaan lanjut. Ini biasanya dilakukan pada pesakit berisiko tinggi seperti HIV atau SLE, untuk memastikan ianya adalah panau bukan penyakit kulit lain.
Apakah simptom lain untuk panau?
Selain warna kulit yang berubah, sesetengah orang akan mer4sa gatal gatal atau sakit pada bahagian panau.
Lain orang, lain simptomnya.
Dan biasanya simptomnya adalah biasa biasa (tidak teruk)sahaja.
Apakah rawatan yang sesuai?
Berdasarkan simptom sahaja.
Untuk tompok panau, akan diberikan krim anti fungal.
Jika gatal, akan diberikan pil untuk tahan gatal.
Langkah pencegahan adalah :
1. Tidak memakai pakaian yang ketat. Ianya menyebabkan kulit senang berpeluh dan minyak atau sebum berkumpul di lapisan kulit.
2. Memakai pakaian yang diperbuat daripada material cotton. Ianya menyerap peluh dan minyak dengan baik.
3. Tidak terdedah kepada matahari terlalu lama. Pakailah sunscreens jika mahu buat aktiviti di dalam cuaca panas.
4. Jangan menggunakan produk yang berminyak ( oily) jika kulit anda jenis berminyak. Guna yang normal atau kombinasi sahaja.
5. Mandilah setiap hari dan selepas aktiviti berpeluh dan kotor untuk mengelakkan badan menjadi kotor dan terdedah kepada kuman.
Panau boleh berlaku kembali. Biasakanlah menggunakan shampoo atau sabun badan berasaskan anti fungal sebulan 1-2 kali untuk individu yang terdedah kepada aktiviti di bawah cuaca panas atau jenis kulit berminyak.
Jadi, mandilah selepas aktiviti.
Panau tidak akan naik pun, yang akan naik adalah bau busuk sahaja sebab tak mandi.
Nota kaki : biarlah kulit yang bertompok, jangan hati kita bertompok dengan kejahatan( tetiba)
Hilangkan Panau Pada Anak-anak Tanpa Perlu Keluarkan Duit
Badan berpeluh, jangan basuh muka..nanti tumbuh panau.
Kadang-kadang, kita tak sedar ada panau yang datang menyinggah kat muka. Bagi anda yang bernasib baik, panau ada kat belakang atau anggota badan yang tidak dapat dilihat.
Begitu juga anak-anak, panau mungkin mudah diperoleh pada anak-anak, lebih-lebih lagi pada anak yang aktif. Sebab itu, orang tua cakap, kalau badan berpeluh, jangan basuh muka, panau cepat melekat.
Satu hal pula untuk merawatnya. Kalau dibiarkan,makin banyak pula panau akan tumbuh. Sekarang, tak perlu risau, ada cara yang mudah untuk mak-mak rawat panau yang melekat di muka atau mana-mana anggota badan. Cuba cara ini.
Buah Pinang
Ambil air perahan buah pinang dan sapukan pada bahagian kulit yang berpanau. Amalkan selalu.
Daun Kesum Dan Minyak Tanah
Campurkan segenggam daun kesum dengan minyak t4nah. Gosokkan pada bahagian kulit yang berpanau. Amalkan setiap hari.
Halia
Ambil halia sebesar ibu jari dan tumbuk hingga lumat. Tepekkan halia yang telah ditumbuk pada bahagian kulit yang berpanau. Biarkan selama 15-20 minit. Basuh dengan air bersih. Amalkan selalu.
Bawang Putih Dan Halia
Tumbuk dua ulas bawang putih bersama sedikit halia. Sapukan pada bahagian kulit yang berpanau. Biarkan sehingga kering. Amalkan setiap hari.
Lengkuas
Tumbuk beberapa ketul lengkuas dan ambil air perahannya. Sapu air lengkuas pada bahagian kulit yang berpanau
Sumber – Mingguanwanita.my via karteldakwah
Post a Comment