3 Mesjid Dipaksa Tutup Di China. Allahu, Bila Ditanya Kenapa Ini Jawapan Mereka

3 Mesjid Dipaksa Tutup Di China. Allahu, Bila Ditanya Kenapa Ini Jawapan Mereka

3 Mesjid Dipaksa Tutup Di China. Allahu, Bila Ditanya Kenapa Ini Jawapan Mereka

3 Mesjid Dipaksa Tutup Di China. Allahu, Bila Ditanya Kenapa Ini Jawapan Mereka
3 Mesjid Dipaksa Tutup Di China. Allahu, Bila Ditanya Kenapa Ini Jawapan Mereka

Saksikan Video Penuh Dibawah
BEIJING – CHINA. Pihak berkuasa China bertindak menutup tiga masjid atas alasan ia menjalankan ‘pendidikan agama yang melanggar undang-undang’ di tengah-tengah tindakan kekerasan yang semakin meningkat ke atas aktiviti keagamaan di negara itu.
Kesemua masjid itu yang terletak di daerah Weishan di barat daya wilayah Yunnan diserbu lebih 100 anggota polis pada Sabtu lalu.

ARTIKEL MENARIK: Tiga Tahun Bertugas Sebagai Guru Penyelaras Tahun Satu, Guru Wanita Kacukan Arab Dan Siam Curi Tumpuan Ibu Bapa Dan Murid


Rakaman video memaparkan serbuan itu turut dikongsi di Twitter oleh pertubuhan bebas yang mendokumentasikan Penindasan terhadap Orang Islam (DOAM) yang menunjukkan jemaah etnik Hui bergelut dengan pihak berkuasa ketika kumpulan itu cuba menghalang mereka daripada menutup masjid berkenaan.
Sebuah lagi klip memaparkan beberapa anggota polis mengheret jemaah dari pintu masuk masjid tersebut.
Sumber memberitahu kira-kira 40 hingga 50 orang jemaah turut ditahan, namun pihak berkuasa enggan mengesahkan ada sebarang tangkapan telah dibuat.
Menurut laporan South China Morning Post, serbuan di perkampungan Huihuideng, Sanjia dan Mamichang itu diselaraskan oleh Jawatankuasa Etnik Daeah Weishan dan Hal Ehwal Agama kononnya untuk melindungi keharmonian dan kestabilan agama domain.
“Masjid terbabit menjalankan pendidikan yang melanggar Peraturan dan Hal Ehwal Agama,” jelas laporan itu.
Sementara itu, sumber di Yunnan memberitahu, masjid tersebut pernah cuba untuk mendaftarkan penubuhan mereka selama lebih sedekad, namun permohonan itu berulang kali ditolak. – Sumber : Sinar Harian

China rancang roboh masjid

Penduduk Islam adakan bantahan depan Masjid Besar Weizhou














KUMPULAN penunjuk perasaan dikawal oleh pasukan polis yang dikerahkan
KUMPULAN penunjuk perasaan dikawal oleh pasukan polis yang dikerahkan ke kawasan Masjid Weizhou.
PENDUDUK tempatan beragama Islam mengadakan tunjuk perasaan aman di luar bangunan Masjid Weizhou, China sebagai membantah cadangan kerajaan untuk merobohkan masjid tersebut.

BEIJING 10 Ogos – Beratus-ratus penduduk etnik Hui yang beragama Islam mengadakan tunjuk pe­rasaan di wilayah Ningxia hari ini bagi membantah rancangan kerajaan China merobohkan sebuah masjid besar yang baru dibina.
Rancangan itu bertentangan dengan jaminan kebebasan ber­agama yang dijanjikan oleh kerajaan China sebelum ini.


Bimbang rancangan itu boleh mencetuskan kegiatan keganasan, kawalan keselamatan di kawasan yang dihuni penduduk beragama Islam diperketatkan.
Berdasarkan notis yang dikeluar­kan oleh pihak berkuasa, Masjid Besar Weizhou tidak mendapat permit sebelum memulakan kerja-kerja pembinaan.
Masjid itu dijadualkan diroboh hari ini dan isu tersebut diuar-uarkan oleh penduduk beragama Islam menerusi media sosial.
Rancangan berkenaan menimbulkan kemarahan dalam kala­ngan penduduk selain beberapa perbincangan yang diadakan antara wakil masjid dan pihak berkuasa gagal mencapai persetujuan.
Penduduk Islam enggan membenarkan pihak berkuasa menggantikan kubah masjid berkenaan dengan kubah berbentuk pagoda yang didakwa menunjukkan identiti budaya Cina.
Sehubungan itu, ratusan penduduk tempatan berhimpun di kawasan masjid tersebut dan Datuk Bandar Weizhou dijangka mengadakan perbincangan de­ngan kumpulan berkenaan kelak.
Seorang penunjuk perasaan yang enggan mendedahkan identiti memberitahu, mereka seolah-olah menjual kesucian agama Islam jika menandatangani persetujuan untuk merobohkan masjid tersebut.
“Kami tidak bersetuju dengan rancangan kerajaan China untuk merobohkan masjid tersebut dan menerusi aplikasi WeChat, kami menggesa semua penduduk kampung agar tidak menandatangani persetujuan berkenaan,” katanya.
Pengarah masjid tersebut, Ding Xuexiao ketika dihubungi Reuters bagaimanapun menolak untuk memberi sebarang kenyataan.
Dalam pada itu menurut sumber, kerajaan China tidak merancang untuk merobohkan masjid tersebut, sebaliknya ingin melakukan pengubahsuaian bagi mengecilkan saiz bangunan masjid berkenaan.
Jelas sumber itu, perbincangan dengan banyak pihak masih dilakukan dan tiada sebarang persetujuan dicapai setakat ini.
Pihak berkuasa bandar Weizhou juga gagal dihubungi untuk mendapatkan maklum balas mengenai perkara tersebut.
Sementara itu, beberapa rakaman video menunjukkan penunjuk perasaan berkumpul di luar bangunan masjid menjadi tular dalam media sosial semalam.
Beberapa buah van polis turut dirakam berada di lokasi kejadian dan tunjuk perasaan berlangsung secara aman. – Sumber : utusan online via KLViral

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post