Wanita Ini Dikecam Netizen Kerana Biadap Tentang Berita Kematiian Adib. Ini Tindakan Majikan Syarikat Penjual Kereta Honda
Wanita Ini Dikecam Netizen Kerana Biadap Tentang Berita Kematiian Adib. Ini Tindakan Majikan Syarikat Penjual Kereta Honda |
Perkara begini selalu berlaku apabila ada sahaja segelintir yang tidak pandai menjaga jari atau tutur kata apabila sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku.
Ia seperti lumrah manusia tidak boleh tengok orang lain senang atau susah. Ada sahaja perkara negatif yang nak disampaikan tetapi apa tindakan seseorang itu pasti ada balasan terutama di zaman media sosial sekarang.
ARTIKEL MENARIK: Kad Jemputan Kahwin Sabtu Ini Separuh Telah Diedar. Ini Komen Tunang Adib Bila Ditanya
Wanita Pekerja Honda Biadap!
KUALA LUMPUR: Syarikat pengedar kereta Honda Sri Utama Auto Sdn. Bhd. Jalan Genting Kelang, Kuala Lumpur pada Selasa tampil memohon maaf kepada keluarga anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim di atas komen tidak sensitif yang ditinggalkan oleh salah seorang kakitangannya di laman sosial Facebook.
Menurut Pengarahnya, Wong Chee Keong, pada masa ini, kakitangan berkenaan, Caryn Yean telah digantung perkhidmatannya bagi membolehkan pengurusan syarikat menjalankan siasatan dalaman.
“Kami juga akan mengambil tindakan yang setegas mungkin,” kata Chee Keong dalam satu kenyataan yang sedang tular di media sosial.
Komen yang ditinggalkan Caryn iaitu: “Bkn kerajaan gagal… tuhan u yg gagal xembuhkan adib…” dikecam oleh netizen.
Kenyataan pengedar kereta Sri Utama Sdn Bhd yang sedang tular di media sosial. – Foto Honda Sri Utama Auto
Bahkan, rata-rata netizen kesal dan menyelar kebiadapan wanita itu dengan mengaitkan tragedi yang menimpa Adib dengan kepercayaan agama.
Dalam reaksi di Facebook juga, netizen menggesa agar Honda mengenakan tindakan paling tegas buat Caryn sebagai pengajaran.
Sumber Artikel : Astro Awani via KLViral
Post a Comment