Sultan Nazrin Melawat Anggota Bomba Mohammad Adib. Ini Kata Kata Baginda Selepas Melawat Adib
Sultan Nazrin Melawat Anggota Bomba Mohammad Adib. Ini Kata Kata Baginda Selepas Melawat Adib |
Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan mencemar duli menziarahi anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Muhammad Adib Mohd Kassim di Institut Jantung Negara (IJN), hari ini.
Baginda tiba jam 9.10 pagi dan meluangkan masa menziarahi Muhammad Adib hampir setengah jam.
ARTIKEL MENARIK: “Pagi Tadi Dia Mula Sedar Dan Faham Arahan Yang Diberikan” – Akhirnya Muhammad Adib Sedar
Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mohamed Farid Md Rafik, Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Datuk Seri Dr Mohd Azhari Yakub, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Mohammad Hamdan Wahid, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Azman Abu Bakar.
Sementara itu, Mohammad Hamdan memaklumkan Sultan Nazrin bertitah, baginda merasa sedih dengan kejadian yang berlaku.
“Baginda mendoakan semoga Muhammad Adib dapat kembali sembuh,” katanya.
Anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya itu dipercayai dipu kul dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, kelmarin.
Muhammad Adib dilaporkan mengalami patah tulang rusuk dengan kesan lebam di bahagian dada.
Dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) termasuk van Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) yang dinaiki Muhammad Adib dis3rang dengan balingan batu dan objek lain menyebabkan berlaku kerosakan pada cermin serta badan kenderaan itu.
Dalam situasi panik untuk berundur, maangsa telah ditarik keluar dari tempat duduk penumpang van EMRS oleh perusuh dan dipercayai dipukul sehingga tidak sedarkan diri.
Dalam situasi panik untuk berundur, maangsa telah ditarik keluar dari tempat duduk penumpang van EMRS oleh perusuh dan dipercayai dipukul sehingga tidak sedarkan diri.
SUMBER : Sinar Harian
Post a Comment