Setelah Selesai Kebumikan Adib, Ayah Adib Beritahu Apa Yang Akan Terjadi Selepas Ini

Setelah Selesai Kebumikan Adib, Ayah Adib Beritahu Apa Yang Akan Terjadi Selepas Ini

Setelah Selesai Kebumikan Adib, Ayah Adib Beritahu Apa Yang Akan Terjadi Selepas Ini

Setelah Selesai Kebumikan Adib, Ayah Adib Beritahu Apa Yang Akan Terjadi Selepas Ini
Setelah Selesai Kebumikan Adib, Ayah Adib Beritahu Apa Yang Akan Terjadi Selepas Ini

Tiada sebarang kenduri, kami mahu berehat. Keluarga anggota Bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, memutuskan untuk tidak membuat sebarang acara bagi menggantikan kenduri perkahwinan yang sepatutnya dilakukan pada Sabtu ini.

Mohd Kassim Abdul Hamid, 63, berkata anaknya sudah selamat dikebumikan maka sudah pastinya majlis perkahwinan terbabit juga tidak dilangsungkan.

ARTIKEL MENARIK: Fazura Tawarkan Sesuatu Kepada Tunang Adib, Nurul Najihah Selepas Arw4h Selamat Dikebumikan


“Malah, saya tiada sebarang rancangan untuk mengadakan kenduri arwh ataupun doa selamat.
“Persiapan perkahwinan pun sudah pun dibatalkan, malah tiada yang perlu dilakukan lagi.
“Sekarang, kami mahu berehat seketika kerana sudah 20 hari bersama Allahyarham ketika menerima rawatan,” katanya dalam nada tenang ketika ditemui di Kampung Tebengau di sini, petang tadi.
Bagi datuk saudaranya, Mohd Shukor Osman, 53 tahun, segala persiapan perkahwinan Muhammad Adib bersama pasangannya, Nurul Najihah Mohd Rodzi, 25, ditangguhkan sejak dimasukkan ke hospital.
“Malah, segala kelengkapan yang digunakan untuk kenduri kahwin sepupu arwh yang berlangsung hari ini (semalam) seperti khemah, kerusi meja juga yang sepatutnya dihantar esok (hari ini) bagi persiapan juga sudah dibatalkan.
“Kami semua redha pemergian Allahyarham dan biarlah beliau bersemadi dengan aman sebagai syahid,” katanya.
Sementara itu, tunang Adib, Nurul Najihah, dalam nada sedih dan marah mempertikaikan pihak yang menyebarkan kad perkahwinan mereka.
“Entah siapalah yang sebarkan kad perkahwinan kami,” katanya sebelum berlalu pergi dengan diiringi anggota bomba wanita.
Terdahulu, lebih 1,000 penduduk kampung termasuk keluarga dan serta anggota dan pegawai bomba hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada Muhammad Adib sejak jam 7 pagi.
Jenzh Muhammad Adib diterbangkan menggunakan helikopter MI17-IV JBPM dan tiba padang Sekolah Kebangsaan Kampung Tebengau, di sini, 10.35 pagi, selepas penerbangan yang memakan masa dua jam itu.
Dalam penerbangan itu, jenzah Allahyarham ditemani ibu bapa dan tunangnya dari Pangkalan Udara Subang, Selangor jam 7.55 pagi selepas menjalani bedah siasat di Hospital Kuala Lumpur.
Jenzh yang diuruskan mengikut istiadat kebombaan di mana seramai 200 anggota dan pegawai berpakaian seragam lengkap bersongkok mengiringi jenzh sehingga ke rumah ibu bapanya di Kampung Tebengau Tepi Laut, di sini terlebih dulu untuk penghormatan terakhir.
Solat jenzh diimamkan Mufti Kedah, Datuk Fadzil Awang, manakala bacaan talkin disempurnakan Imam masjid, Zainuddin Hassan dan dibantu Timbalan Pengerusi masjid, Abdul Wahab Chik.
Sebelum ini media melaporkan, Muhammad Adib yang parah dipkul ketika insiden di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya bulan lalu, disahkan mennggal dunia pada jam 9.41 malam, di Institut Jantung Negara (IJN).
Muhammad Adib dipindahkan ke IJN selepas mengalami kecderaan parah akibat diserang perusuh susulan insiden rsuhan di kuil Sri Maha Mariamman pada 27 November lalu.

ADAKAH KEMTIAN MUHAMMAD ADIB DIKIRA SYAHID

Soalan
Assalamualaikum SS Dato’ Seri Mufti, saya ingin bertanya, apakah kemtian Muhammad Adib dikira syahid?
Jawapan
Waalaikumussalam. Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.
Pada asasnya, kita tidak boleh menentukan dengan khusus atau mengatakan dengan menta’yin seseorang itu mti syahid kecuali mereka yang telah dipersaksikan oleh Rasulullah SAW atau yang telah disepakati oleh umat atas kesyahidannya. Hal ini kerana hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui hakikat seseorang itu sama ada syahid atau sebaliknya. Walaubagaimanapun, kita berdoa agar Muhammad Adib dikurniakan kemuliaan seorang syahid.


Dalam hal ini, kami mendalilkan dengan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda:
الشُّهَدَاءُ خَمْسَةٌ الْمَطْعُونُ وَالْمَبْطُونُ وَالْغَرِيقُ وَصَاحِبُ الْهَدْمِ وَالشَّهِيدُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ
Maksudnya: “Orang yang mti syahid lima golongan iaitu orang yang mati kerana taun, mati kerana penyakit perut, mati lemas, ditimpa runtuhan dan syahid di jalan Allah.”
Riwayat al-Bukhari (653)
Imam al-Tabrizi dalam menjelaskan hadis ini berkata: Sahib al-hadmi (صَاحِبُ الْهَدْمِ) ialah orang yang ditimpa binaan atau dinding kemudian mati kerananya. (Lihat Mishkat al-Mafatih, 11/218)
Maka dalam isu seperti ini, kami qiyaskan dengan sahib al-hadmi (صَاحِبُ الْهَدْمِ) iaitu orang yang mati kerana dihempap atau ditimpa runtuhan. Sahib al-hadmi (صَاحِبُ الْهَدْمِ) di sini juga sama apabila dihentam, dipijak dan sebagainya.
Selain itu, beliau ini mti kerana mempertahankan dirinya sendiri. Oleh itu beliau termasuk dalam hadis sepertimana yang diriwayatkan daripada Sa’id bin Zaid R.A, sabda Rasulullah SAW:
مَنْ قُتِلَ دُونَ مَالِهِ فَهُوَ شَهِيدٌ، وَمَنْ قُتِلَ دُونَ أَهْلِهِ فَهُوَ شَهِيدٌ، وَمَنْ قُتِلَ دُونَ دِينِهِ فَهُوَ شَهِيدٌ، وَمَنْ قُتِلَ دُونَ دَمِهِ فَهُوَ شَهِيدٌ
Maksudnya: “Siapa yang dibunuh kerana mempertahankan hartanya maka dia mati syahid. Siapa yang dibunuh kerana mempertahankan keluarganya, maka dia mati syahid. Siapa yang dibunuh kerana mempertahankan agamanya, maka dia mati syahid. Siapa yang dibunuh kerana mempertahankan dirinya, maka dia mati syahid.” Riwayat Ahmad (1652), Abu Daud (4772), al-Nasa’ie (4095) dan al-Tirmizi (1421). Tirmizi berkata: Hadis hasan sahih.
Imam al-Munawi dalam menjelaskan hadis di atas berkata: Syahid di sini ialah syahid akhirat, bukanlah syahid dunia (di mana ia tidak perlu dimandikan, disolatkan dan sebagainya). (Lihat Faidh al-Qadir, 6/195)
Syeikh Syams al-Haq al-‘Azhim Abadi: Syahid tersebut bermakna syuhada’ akhirat iaitu baginya pahala syahid. (Lihat ‘Aun Al-Ma’bud Syarah Sunan Abi Daud, 9/2063)
Wajh istidlalnya adalah pada “Siapa yang dibunuh kerana mempertahankan dirinya, maka dia mati syahid” (وَمَنْ قُتِلَ دُونَ دَمِهِ فَهُوَ شَهِيدٌ). Begitu juga beliau telah mempertahankan harta orang ramai, maka ini termasuk dalam pengertian “Siapa yang dibunuh kerana mempertahankan hartanya maka dia mati syahid” (مَنْ قُتِلَ دُونَ مَالِهِ فَهُوَ شَهِيدٌ).
Allahyarham bukan sahaja menjalankan tugas dengan penuh keberanian, tetapi beliau cuba memadam api yang sedang marak. Malangnya api kemarahan singgah pada batang tubuhnya. Semoga syahid menjadi miliknya dan semoga Allah mencucuri rahmatnya. Amin.
Kita adalah hamba Allah dan kepada-Nya lah kita kembali. Kami katakan sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah SAW:
إِنَّا لِلَّـهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Maksudnya: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”
(Surah al-Baqarah: 156)
Sesungguhnya hanya kesabaranlah yang menghiasi orang-orang yang beriman. Marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah SWT agar sahabat kita Muhammad Adib Rahimahullah ini ditempatkan dalam syurga-Nya. Kepada kaum keluarganya, kami ucapkan rakaman takziah dan juga kesabaran menjadi milik keluarga ini. Semoga peristiwa seperti ini tidak akan berlaku lagi di bumi Malaysia yang tercinta ini.
Kami memohon maaf kerana tidak sempat untuk solat jenzah bersama tetapi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) telah melakukan solat jenzah ghaib selepas Zohor tadi.
Al-Fatihah buat Muhammad Adib. Sekali lagi, takziah buat keluarga.
Akhir kalam, marilah sama-sama kita berdoa untuknya:
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Amin… petikan dari muftiwp.gov.my via KLVIral

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post