Peniaga Mengeluh Sangkaan Meleset Dalam Keuntungan Ketika Di MAHA 2018
Peniaga Mengeluh Sangkaan Meleset Dalam Keuntungan Ketika Di MAHA 2018 |
SERDANG – Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) kembali lagi tahun ini.
Seperti biasa, MAHA2018 bertumpu kepada jualan hasil dan produk pertanian yang diyakini mampu menjadi daya tarikan pengunjung.
ARTIKEL MENARIK: Kenapa Tag Harga Pada Roti Tak Sama Warna. Sebab Kenapa Pasti Akan Buat Anda Bijak Memilih Roti Selepas Ini
MAHA2018 berlangsung selama 11 hari bermula 22 November hingga 2 Disember depan dengan sasaran lebih 3.5 juta pengunjung dari dalam dan luar negara.
Sebanyak 1,500 khemah jualan akan dibuka. Ia termasuk 501 menu juadah popular dari seluruh negeri, produk industri asas tani (IAT), buah-buahan dan sayur-sayuran segar, anak pokok, bunga-bungaan, ikan dan makanan laut segar dan banyak lagi.
Raja buah iaitu durian termasuk nanas dan kelapa akan turut ditampilkan pada MAHA2018
Lebih menarik lagi, 13 pavilion negeri akan dibuka yang akan menampilkan identiti, kebudayaan, pameran dan juadah makanan negeri yang dapat dinikmati pengunjung.
“Seperti MAHA yang lalu, semua halaman seperti laman perikanan, laman nenas, laman ternakan dan sebagainya akan ditampilkan semula agar pengunjung dapat menikmati sendiri pengalaman pertanian dengan ‘hands-on’,” kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub pada sidang media selepas Program Countdown MAHA2018 di Dewan Maeps Serdang di sini
KISAH SEDIH PENIAGA MAHA 2018
Peniaga-peniaga yang terlibat dengan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2018 di Dewan Maeps, Serdang mengeluh mengalami kerugian yang agak besar pada tahun ini.
Pemilik akaun Facebook, Abam Peah dalam statusnya membuat perbandingan menyertai MAHA tahun ini dengan tahun-tahun yang sebelumnya adalah amat mengecewakan.
Katanya, selama 11 hari terbabit dengan MAHA, jualan yang didapati tidak menghasilkan pulangan modal semula tidak seperti jualan yang dicapai ketika berlangsungnya Agro Fest Selangor.
Malah, ramai peniaga yang mengeluh ekoran dari kerugian yang dialami serta mengakhiri jualan mereka di Maeps itu.
MAHA merupakan jualan hasil dan produk pertanian yang diyakini menjadi daya tarikan pengunjung dalam dan luar negara.
Ia telah berlangsung sejak 22 November dan berakhir pada 2 Disember, hari ini.
Terdapat 1,500 khemah jualan yang dibuka seperti produk industri asas tani (IAT), buah-buahan dan sayur-sayuran segar, anak-anak pokok bunga, ikan dan makanan laur segar dan pelbagai lagi.Kredit : KLViral
Post a Comment