Nama Allahyarham Muhammad Adib Akhirnya Diabadikan Dan Diletakkan Disini Sebagai Memperingati Beliau
Nama Allahyarham Muhammad Adib Akhirnya Diabadikan Dan Diletakkan Disini Sebagai Memperingati Beliau |
KUALA LUMPUR: Nama Muhammad Adib Mohd Kassim diabadikan pada Tugu Peringatan “Fallen Heroes”, di Akademi Bomba dan Penyelamat Wilayah Tengah, Kuala Kubu Bharu, semalam.
Muhammad Adib yang bertugas sebagai anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya disahkan meniinggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada kira-kira 9.41 malam, Isnin lepas selepas mendapat kecederaan kritikal disyaki akibat dipuukul dalam insiden rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya pada 27 Nov.
ARTIKEL MENARIK: Lelaki Kongsi Pengalaman Paling Tawakal Naik Pesawat ‘Redho’ Airlines
Jenzah Muhammad Adib selamat dikebuumikan di Tanah Perkuburan Islam Kariah Masjid As-Saadah di Kampung Tebengau, Kuala Kedah, Kedah kira-kira 1.45 tengah hari, Selasa.
Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Tengah Kuala Kubu Bharu, Md Ali Ismail berkata, nama Muhammad Adib diletakkan di tugu berkenaan dalam satu majlis Apresiasi Wira Merah sebagai memperingati segala jasa dan pengoorbanan Allahyarham kepada negara.
Beliau berkata, Muhammad Adib merupakan simbol pengoorbanan dan perjuangan setiap anggota bomba.
“Muhammad Adib bagaikan wira kepada kami yang berjuang hingga ke akhir nyawa. Oleh itu, namanya sentiasa terpahat di hati semua rakyat Malaysia, terutama kami yang menyarung uniform yang sama dengan beliau.
Tugu peringatan ini juga merupakan tanda ingatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta akademi bomba bahawa jasa mereka yang terkoorban sentiasa dikenang selamanya,” katanya dalam kenyataan semalam.
Nama Muhammad Adib diletakkan di tugu berkenaan dalam satu majlis Apresiasi Wira Merah bagi memperingati jasa dan pengorbanan beliau kepada negara.
Md Ali berkata, tugu peringatan itu adalah cetusan idea Ketua Pengarah JBPM Datuk Muhamad Hamdan Wahid dan ia dibina oleh pelatih Kursus Diploma Sains dan Kebombaan (KDSK) Siri 1 yang dirasmikan Muhammad Hamdan ketika menyempurnakan majlis penutup kursus berkenaan pada Sept lepas.
“Terdapat 23 anggota bomba terkorban ketika bertugas di seluruh negara yang direkodkan sejak 1993 dan nama mereka diabadikan di tugu peringatan ini.
Allahyarham Muhammad Adib adalah yang ke-24 selepas 6 anggota terkorban dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa lemas di sebuah lombong di Puchong pada 3 Okt lalu,” katanya.
Md Ali berkata, tugu peringatan ini juga dibuka untuk kunjungan orang ramai sebagai tanda ingatan dan menghargai pengorbanan anggota bomba terbabit.
Sumber : FMT via KLViral
Post a Comment