Mangsa Nahas Mesin Pengisar Di Korea Selatan Kekal Positif, Akan Jalani Pembedahan Plastik

PETALING JAYA: Selepas hampir sebulan tragedi yang menimpa Danial Arif Ahmad Fuat berlalu, keadaan kesihatannya semakin pulih selepas menjalani pembedahan kali ketiga pada Isnin lalu.

Melalui nota suara (voice note) yang dikirim oleh Danial Arif kepada mStar Online, tulang pehanya dipotong pada pembedahan tersebut dan perlu menjalani pembedahan plastik bagi merawat kesan luka kemalangan yang menyebabkan dia kehilangan separuh badan.

ARTIKEL MENARIK: Muhammad Adib Kembali Kritikal. Jangkitan Berlaku Akibat Paru-Paru Mengeras

“InsyaAllah lepas ini perlu lakukan pembedahan plastik pula, cuma kena tunggu bahagian yang luka tu baik dulu.

“Doktor maklumkan tisu pada bahagian yang terlibat tiada masalah dan jika tiada sebarang halangan, pembedahan plastik akan dijalankan lagi dua minggu,” kata pemuda yang yang berasal dari Pulau Pinang itu.

Danial Arif perlu berehat di hospital sehingga keadaan kesihatannya pulih sepenuhnya selepas pembedahan plastik itu sebelum dibenarkan pulang.

Difahamkan, segala kos perubatan di hospital berkenaan ditanggung oleh pihak majikannya.

Pada 19 November lalu, Danial Arif nyaris maut selepas ditimpa kemalangan di tempat kerja dalam satu insiden yang berlaku di sebuah kilang kitar semula di Korea Selatan.

Anak sulung daripada tiga beradik itu kehilangan hampir separuh anggota tubuhnya selepas ‘ditelan’ sebuah mesin pengisar sampah di kilang kitar semula yang terletak di Samseong, Seoul.

Sumber: Mstar Online

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post