Manager Ini Dengan Biadap Menghina Penjual Samosa Tetapi Apa Penjual Ini Cakap Membuatkan Manager Ini Terduduk
Manager Ini Dengan Biadap Menghina Penjual Samosa Tetapi Apa Penjual Ini Cakap Membuatkan Manager Ini Terduduk |
Berniaga adalah salah satu sunnah Nabi Muhammad SAW, janganlah kita sesekali menghina orang yang berniaga. Apa jua barang yang dijual selagi ianya halal kita haruslah menghormati mereka.
Tak kisah lah kerja apa yang kita buat, usahlah memandang rendah kepada mereka yang bekerja biasa sahaja. Jangan disebabkan pekerjaan seseorang itu tak ‘sesedap’ mana yang kita buat sekarang ini tak bermana dia tak ada hala tuju hidup.
ARTIKEL MENARIK: Lelaki Ini Terkejut Bila Lihat Betapa Mewahnya Aiskrim Roti Yang Berharga RM2 Sahaja. Siapa Sebenar Pakcik Aiskrim Ini..
Kadang-kadang mereka jauh lebih senang daripada orang kerja makan gaji ini, macam kisah yang kami akan kongsikan nanti. Seorang pekerja yang berpangkat Manager cuba menegur seorang penjual samosa di hadapan tempat kerjanya.
Namun, apa yang dibalas oleh penjual ini memang buatkan Manager terkedu!
“Awak tak rasa ke yang awak dah bazirkan bakat awak ini dengan hanya jual samosa? Kalau awak bekerja macam saya di syarikat ternama, mesti awak akan jadi manager macam saya kan?”
Di Delhi, ada seorang peniaga Samosa. Gerainya terletak di hadapan sebuah syarikat ternama. Samosanya sangat enak. Kebanyakkan pekerja disitu suka makan ditempatnya pada waktu makan tengah hari.
Suatu hari, ada seorang Manager menghampirinya dengan mood yang begitu ceria sekali sambil memakan Samosa tersebut.
Dia bertanyakan satu soalan. ” Awak dah kekalkan gerai ini bagus sekali dan ada pengurusan yang begitu bagus. Awak tak rasa ke yang awak dah bazirkan bakat awak ini dengan hanya jual samosa?
“Cuba awak fikir, kalau awak bekerja macam saya di syarikat ternama, mesti awak akan jadi manager macam saya kan?”
“Saya rasa kerja saya lebih bagus daripada kerja encik. Nak tahu kenapa?
Maka penjual samosa tersebut tersenyum sambil memberikan satu jawapan yang ‘padu’. “Encik, saya rasa kerja saya lebih bagus daripada kerja encik. Nak tahu kenapa?
10 tahun lepas, saya menjual samosa di dalam tokari (Bakul anyaman). Dalam masa yang sama encik dapat kerja ini, masa tu saya memperoleh Rs. 1000 dalam masa sebulan dan gaji encik 10K
Dalam masa 10 tahun perjalanan saya berniaga, saya melalui banyak progress.
Saya memiliki sebuah kedai dan menjadi ‘samosa-wala’ di kawasan ini dan encik telah menjadi manager.
Sekarang encik memperoleh Rs. 1 lakh sementara saya dapat jumlah yang sama kadang-kadang lebih daripada encik gaji encik. Jadi, haruslah saya katakan kerja saya lebih bagus. Sebab, unuk anak-anak saya pada masa akan datang.
“Anak saya akan dapat sebuah perniagaan yang sudah tersedia ditubuhkan, tapi dalam hal encik, manfaat akan diambil oleh anak boss bukannya anak encik.”
Mari saya terangkan – Beri perhatian dengan apa yang saya katakan ini. Saya memulakan kerjaya ini dengan hasil pendapatan yang sangat rendah. Anak saya tak perlu susah sepertimana saya lalui. Suatu hari, anak saya akan mengambil alih perniagaan saya. Dia tak perlu lah mula dari 0. Dia akan dapat sebuah perniagaan yang sudah tersedia ditubuhkan, tapi dalam hal encik, manfaat akan diambil oleh anak boss bukannya anak encik.
Encik tak boleh mewariskan jawatan encik kepada anak-anak. Mereka harus mula dari bawah semula. Segala halangan yang encik sudah terima pada 10 tahun dahulu, anak-anak encik akan hadapi perkara yang sama,
Anak saya pula akan mengembangkan lagi perniagaan dari sekarang dan bila anak encik jadi Manager anak saya sudah jauh kehadapan.
Sekarang beritahu saya, siapa yang membazirkan bakat dan masa.
Manager tersebut berikan Rs. 50 untuk dua keping Samosa dan dia tak berkata apa-apa dan terus pergi.
Sumber Artikel: BLOG MAU KERJA via KLViral
Post a Comment