Lelaki Ini Singgah Solat Tetapi Dib3lasah Hingga M4ti. Rupa Rupanya Mereka Sangka Lelaki Ini Adalah..
Lelaki Ini Singgah Solat Tetapi Dib3lasah Hingga M4ti. Rupa Rupanya Mereka Sangka Lelaki Ini Adalah.. |
Nasib malang menimpa seorang pemuda. Niat murninya untuk menunaikan solat tahajud di sebuah masjid berakhir dengan tragedi apabila maut dibelasah sekumpulan lelaki yang menyangka mangsa adalah pencuri.
Muhammad Khaidir, 23, seorang mahasiswa yang berasal dari Kabupaten Selayar pada mulanya datang ke masjid Kabupaten Gowa, Sulawesi Selatan pada 10 Disember lalu untuk menunaikan solat. Tetapi pintu masjid masih berkunci, mungkin kerana masih awal ketika itu.
ARTIKEL MENARIK: Bawa Pedang Samurai Dan Sembur Pemadam Api Ke Atas Orang Awam Dan Polis Tengok Sahaja. Ini Komen PDRM Tentang Insiden Tersebut Dan Ini Sebenar Yang Terjadi
Suspek yang diberkas – detik.com
Lalu mangsa mengambil keputusan mengetuk pintu rumah seorang penduduk, YDS, yang tinggal berhampiran masjid untuk meminta agar pintu masjid dibuka. Namun, ketukan pintu yang kuat itu pula telah menimbulkan salah faham YDS
”Mangsa pergi ke rumah penduduk, YDS, yang berhampiran dengan masjid lalu mengetuk pintu rumahnya dengan kuat, namun ia tidak dibuka menyebabkan mangsa kembali semula ke masjid,”kata Ketua Polis Gowa, AKBP Shinto Silitonga.
YDS yang merasa terancam kemudiannya melarikan diri ke masjid menggunakan pintu lain. Kebetulan, ketika itu YDS bertemu RDN, bilal di masjid itu lalu menceritakan apa yang terjadi di rumahnya.
Bilal yang panik kemudian terus membuat pengumuman melalui pembesar suara bahawa terdapat pencuri di kawasan masjid mereka. Sementara itu, Khaidir yang tidak mengesyaki apa-apa yang buruk terus berlegar di sekitar masjid ketika itu.
Akibat daripada pengumuman tersebut, beberapa orang penduduk yang tinggal berhampiran bergegas ke masjid dan menemui pemuda itu berada di situ.
Mangsa yang tidak dapat memberi sebarang penjelasan terus dipukul beramai-ramai di masjid sehingga mengalami kecederaan di seluruh badan termasuk kepala.
Khaidir ketika dibelasah – suara.com
”Mereka menjerit ‘ada pencuri’. Itu yang menyebabkan penduduk setempat datang dan menjatuhkan hukum sendiri. Tetapi, tidak ada barang pun yang dicuri di masjid ketika itu, ” kata Shinto.
Jenazah Khaidir telah diserahkan kepada keluarganya di Kepulauan Selayar setelah menjalani bedah siasat.
”Ibu bapa mangsa merasa terkejut dan berduka dengan nasib yang menimpanya anaknya hanya kerana salah faham. Mereka meminta supaya pelaku dijatuhkan hukuman seberatnya,” katanya lagi.
Setakat ini, 10 suspek termasuk dua remaja berusia 16 dan 17 tahun ditahan bagi membantu siasatan.
Sementara itu, hasil sisatan, polis turut mengesahkan tiada sebarang bukti menunjukkan Khaidir adalah pencuri. Penduduk dikatakan mengambil tindakan undang-undang sendiri tanpa usul periksa sehingga mnegorbankanya nyawa orang yang tidak bersalah.
Sumber Artikel : Siakap Keli via KLViral
Post a Comment