Kerana Ini Malaysia Tewas Dengan Vietnam. Apa Pun Tahniah Harimau Malaya

Kerana Ini Malaysia Tewas Dengan Vietnam. Apa Pun Tahniah Harimau Malaya

Kerana Ini Malaysia Tewas Dengan Vietnam. Apa Pun Tahniah Harimau Malaya

Kerana Ini Malaysia Tewas Dengan Vietnam. Apa Pun Tahniah Harimau Malaya
Kerana Ini Malaysia Tewas Dengan Vietnam. Apa Pun Tahniah Harimau Malaya

HANOI 15 Dis. – Harimau Malaya sudah melakukan segala-galanya yang terdaya, namun mereka gagal membawa pulang Piala AFF selepas tewas 0-1 kepada Vietnam di Hanoi, sebentar tadi.

Jaringan pantas Nguyen Anh Duc seawal minit keenam cukup untuk mengesahkan kejuaraan buat skuad Naga Emas, yang menumpaskan Malaysia menerusi agregat 3-2 selepas seri 2-2 dalam final pertama di Bukit Jalil, Selasa lalu.

ARTIKEL MENARIK: Suami Orang Malaysia Isteri Orang Vietnam. Ini Perjanjian Mereka Sempena Final Malaysia Lwn Vietnam



Beraksi di depan lebih 40,000 penonton di Stadium Nasional My Dinh, Vietnam tampak amat bersemangat dengan mengatur serangan agresif pada awal permainan, sebelum mengejutkan pertahanan Malaysia menerusi rembatan Anh Duc yang menyempurnakan hantaran lintang.
Terkejut dengan jaringan pantas tuan rumah, anak-anak buah Tan Cheng Hoe bertindak balas dengan melakukan beberapa percubaan, terutama menerusi Mohamadou Sumareh dan Safawi Rasid, namun gagal menembusi benteng kebal Vietmam.
Peluang terbaik Malaysia untuk menyamakan kedudukan menerusi Syahmi Safari pada babak kedua dinafikan Dang Van Lam, sebelum penjaga gol tinggi lampai Vietnam itu sekali lagi cemerlang menepis sepakan percuma Safawi pada minit ke-54.
Aksi sengit yang dipertontonkan kedua-dua pasukan menyaksikan tujuh kad kuning dilayangkan pengadil dari Iran, Alireza Faghani iaitu empat kepada Vietnam dan tiga kepada pasukan negara pada babak pertama.
Kegagalan pulang bersama trofi menyaksikan kemarau lapan tahun Malaysia kini berpanjangan selepas kali terakhir muncul juara pada 2010. – UTUSAN ONLINE


Gol Awal Vietnam Menyekat Kemenangan Harimau Malaya
Kredit : KLViral
-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post