Kedua Belah Tangan Tiada Tapi Mampu Jana Seminggu RM800. Bagaimana Dia Kehilangan Tangan Diceritakan Dan Dia Masih Mampu Berjaya Hari Ini
Kedua Belah Tangan Tiada Tapi Mampu Jana Seminggu RM800. Bagaimana Dia Kehilangan Tangan Diceritakan Dan Dia Masih Mampu Berjaya Hari Ini |
“SETAKAT ini penerimaan pelanggan amat baik, cuma majoritinya akan bertanya bagaimana saya menunggang motosikal dengan tangan kudung.
“Mungkin mereka tidak menyangka saya boleh melakukannya,” kata Syed Mohd Syahrain Syed Fadzin, 24 .
ARTIKEL MENARIK: Ramai Mula Bertukar Dari RnR Gambang Ke RnR Perasing. Sebelum Ini RnR Perasing Dikaitkan Dengan Hantu, Lelaki Ini Menceritakan Sebaliknya
Syed Mohd Syahrain mendapat pujian netizen selepas seorang pengguna Twitter berkongsi rasa kagumnya terhadap pemuda berkenaan yang memperoleh pendapatan RM600 hingga RM800 seminggu hanya dengan bekerja sebagai penghantar makanan sepenuh masa
Bagaimana Kejadian Kehilangan Tangan Diceritakan
Lebih menarik perhatian apabila Syed Mohd Syahrain dapat melakukan pekerjaan itu walaupun kedua-dua tangannya kudung selepas terkena bom di hadapan Penjara Sungai Buloh, Selangor ketika berumur sembilan tahun pada 2003.
“Ketika itu saya bermain di hadapan kawasan Penjara Sungai Buloh dan menemui satu objek. Saya tidak sangka ia adalah bom yang masih aktif.
“Saya pegang objek berkenaan dan ia meletup menyebabkan kedua-dua tangan saya hancur,” katanya.
Menurutnya, dia bekerja dengan syarikat perkhidmatan penghantaran makanan, Foodpanda sejak tiga minggu lalu dan bersyukur kerana diterima baik majikan serta rakan sekerja walaupun mempunyai kekurangan fizikal.
Katanya, sebelum ini dia bekerja sebagai penghantar alat tukar ganti kenderaan, tetapi nekad berhenti selepas enam tahun melakukan pekerjaan itu kerana mahukan kerjaya yang memberi pendapatan lebih baik.
“Ketika dipanggil untuk sesi temu duga, saya agak keberatan untuk hadir kerana bimbang jika tidak diterima bekerja.
“Malah, saya turut menceritakan keadaan sebenar kepada majikan untuk makluman mereka dan mujurlah syarikat terbuka menerima saya sebagai kakitangan walaupun berstatus orang kurang upaya.
“Setakat ini saya tiada masalah menghantar makanan kepada pelanggan kerana sudah biasa menunggang motosikal, malah seronok kerana mendapat gaji mingguan sehingga RM800 dalam seminggu,” katanya yang menetap di Kampung Merbau Indah, Sungai Buloh, Selangor.
Anak kedua daripada tujuh beradik itu berkata, peluang dan kepercayaan diberi majikan tidak akan disia-siakan sebaliknya dia berazam bekerja dengan bersungguh-sungguh bagi mendapatkan kehidupan yang lebih baik.
“Saya bersekolah sehingga tingkatan empat saja dan selepas berhenti, saya mula berdikari dengan bekerja sebagai pencuci kereta selama dua tahun sebelum menjadi penghantar alat ganti kenderaan dan kini penghantar makanan.
“Semua itu dilakukan kerana saya mahu mendapatkan duit dengan hasil titik peluh sendiri supaya dapat meringankan beban keluarga terutama nenek, Ramlah Anang yang membesarkan saya.
“Tak sangka pula apa saya lakukan ini mendapat perhatian netizen dan terima kasih kepada semua yang memberi sokongan.
“Saya harap ia memberi inspirasi kepada masyarakat terutama komuniti OKU di luar sana,” katanya.
Sumber Artikel: Hmetro Online VIA KLViral
Post a Comment